Skip to main content

Singapura

MAS tidak galak firma kripto iklankan khidmat di tempat awam

Anggaran Waktu Membaca:
 MAS tidak galak firma kripto iklankan khidmat di tempat awam

Gambar: AFP

Diterbitkan : 17 Jan 2022 10:16PM Dikemas Kini : 17 Jan 2022 10:17PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan satu set garis panduan yang tidak menggalak firma-firma mata wang kripto mengiklankan khidmat mereka di kawasan-kawasan awam atau mendapatkan khidmat pihak ketiga, termasuk pempengaruh media sosial.

Dalam kenyataan medianya pada Isnin (17 Jan), MAS menekankan ciri-ciri mata wang kripto yang disifatkan sebagai "sangat berisiko" dan bank pusat itu turut menyatakan bahawa ruang-ruang awam yang dimaksudkannya termasuk pengangkutan awam, hab pengangkutan awam, lelaman web awam, wadah media sosial serta media penyiaran dan cetak.

Firma-firma itu juga tidak digalakkan untuk menyediakan mesin-mesin juruwang automatik (ATM) bagi menawarkan khidmat mata wang kripto.

Berdasarkan pemerhatian MAS, pihaknya mendapati firma-firma mata wang kripto atau lebih dikenali sebagai syarikat token pembayaran digital (DPT) sedang giat mempromosikan khidmat mereka di Singapura, sama ada secara fizikal, online atau melalui mesin-mesin ATM di tempat-tempat awam.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita