MAS terima permohonan bagi lesen bank digital pertama Singapura sehingga 31 Dis
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mula menerima permohonan lesen bagi bank-bank digital baru yang juga diluaskan kepada pihak-pihak bukan penggiat bank.
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mula menerima permohonan lesen bagi bank-bank digital baru yang juga diluaskan kepada pihak-pihak bukan penggiat bank.
Pihak-pihak yang berminat mempunyai masa sehingga 31 Disember untuk menghantar permohonan mereka.
Pada Jun lalu MAS mengumumkan sehingga lima lesen bank digital akan dikeluarkan.
Para pemohon mesti mempunyai rekod sekurang-kurangnya tiga tahun dalam perniagaan dalam bidang teknologi atau e-dagang.
Para pemohon juga harus membentangkan saranan nilai yang jelas dan memberikan khidmat bagi keperluan pasaran Singapura yang belum dipenuhi .
MAS dijangka mengumumkan senarai pemohon yang berjaya dalam pertengahan tahun depan.
Para pemohon yang berjaya boleh memulakan perniagaan pada pertengahan 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.