MAS terbit laporan kemampanan tahunan; perinci usaha sokong projek peralihan tenaga
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan laporan kemampanan tahunannya yang memperincikan usaha-usaha menyokong projek-projek peralihan tenaga, pelaburan hijau dan melatih pekerja dalam bidang kemampanan.
Gambar fail bangunan Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Pertama sekali, bank pusat Singapura itu kini secara aktif menguruskan dananya dalam portfolio ekuiti Program Peralihan Iklim (CTP).
Ini bermakna pakar-pakar membuat keputusan berhubung pelaburan yang akan dibuat dalam syarikat-syarikat mesra iklim.
Sebelum ini, ia secara pasif menguruskan portfolio tersebut dengan bergantung kepada indeks iklim untuk membuat keputusan tentang pelaburan.
MAS menyatakan, dengan mengambil alih secara aktif pengurusan portfolio itu, ini membantu mengurangkan risiko kewangan dan meningkatkan daya ketahanannya.
MAS juga akan memperluas CTP untuk turut merangkumi bon korporatnya, dengan secara berperingkat-peringkat mengalihkan portfolionya ke arah pelaburan hijau.
"Sangat wajar untuk menyertakan risiko iklim ke dalam penentuan pulangan bon. Saya rasa dengan menyertakan bon-bon korporat ke dalam ruang pelaburan, ia pada asasnya satu langkah yang akan melengkapkan cita-cita MAS menuju ke arah mampan," kata Pengarah, Pusat bagi Pentadbiran dan Kemampanan di Sekolah Perniagaan NUS, Profesor Lawrence Loh.
Ketiga adalah kemas kini perkembangan Perancangan Perubahan Pekerjaan bagi Kewangan Mampan, sejak ia dilancarkan pada April lalu.
Lebih 4,000 karyawan sektor kewangan dari lebih 100 institusi kewangan sudahpun dilatih dalam kewangan mampan.
Sementara itu, lebih 8,000 individu juga sudah menerima lencana kemahiran kerana selesai menjalani kursus kewangan mampan.
Ini sebagai tanda aras untuk menyokong industri kewangan dalam pengambilan pekerja berdasarkan kemahiran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.