MAS suntik dana S$5 juta dalam usaha bantu S'pura capai matlamat iklim
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MAS
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyuntik dana S$5 juta untuk membiayai masa depan sifar pelepasan karbon.
Geran Huraian Iklim Asia bertujuan untuk digunakan bagi projek-projek kemampanan peringkat awal.
Projek-projek sedemikian diharap dapat mendekatkan Singapura kepada matlamat iklim yang ingin dicapai.
Berucap di persidangan mengenai pembiayaan usaha menangani perubahan iklim pada Selasa (4 Okt), Pengarah Urusan MAS Ravi Menon berkongsi bahawa dunia masih ketinggalan dalam mencapai sasaran pengurangan gas karbon.
Usaha sedia ada, tambah beliau, baru mencapai 45 peratus daripada sasaran untuk 2030.
Encik Menon menggesa agar lebih banyak "pembiayaan teradun" diwujudkan, iaitu menggunakan dana awam untuk menggalak lebih banyak pelaburan di pihak swasta.
Oleh itu, geran terbaru MAS adalah satu langkah yang tepat, kata beliau.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.