MAS sasar 300 lulusan politeknik kerja dalam sektor kewangan jelang 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Golongan belia di sebuah institusi pendidikan. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menetapkan sasaran untuk menambah jumlah lulusan politik yang menceburi sektor kewangan kepada 300 orang menjelang 2025.
Jumlah itu satu pertambahan 80 peratus berbanding 160 orang pada 2021.
Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata sasaran itu boleh dicapai dengan adanya lebih banyak program perantisan.
Bulan lalu, MAS melancarkan skim bernilai S$8 juta bagi menggalak institusi-institusi kewangan menggajikan serta melatih pelajar dan lulusan.

Skim itu akan dikendalikan oleh Institut Perbankan dan Kewangan sepanjang tiga tahun akan datang.
"Kami berharap untuk memperbetul salah tanggapan bahawa ijazah dari universiti adalah prasyarat untuk mendapat pekerjaan baik dan maju dalam kerjaya sektor khidmat kewangan," kata Encik Tan di Parlimen pada Rabu (10 Mei) .
"Laluan perantisan ini memberi insentif kepada institusi-institusi kewangan untuk membangunkan program-program sebegini, program perantisan yang menyediakan laluan jelas bagi memberikan pelatih yang cemerlang jawatan yang sama ditawarkan kepada bagi lulusan universiti," ujarnya.

Sumber : CNA/AI/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.