Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS pertimbang tindakan penyeliaan terhadap OCBC susuli skim penipuan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan terhadap OCBC susuli skim penipuan yang menjejas ratusan pelanggan bank tersebut, menurut MAS pada Isnin (17 Jan). 

"MAS memandang serius terhadap skim-skim penipuan yang melibatkan Bank OCBC baru-baru ini," kata Timbalan Pengarah Urusan bagi penyeliaan kewangan MAS, Cik Ho Hern Shin, dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa bank pusat itu sudah membuat tindakan susulan bersama OCBC tentang isu tersebut dan juga isu-isu yang lebih meluas berkaitan dengan skim penipuan berkenaan. 

"OCBC akan melaksanakan siasatan yang menyeluruh untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam proses-prosesnya dan menguatkuasakan langkah-langkah pemulihan yang diperlukan. MAS akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan sewajarnya, susuli semakan ini." 

Hampir 470 orang mengalami kerugian berjumlah S$8.5 juta kepada skim-skim penipuan menerusi kaedah pemancingan data melibatkan OCBC sejak Disember lalu. 

MAS menyatakan bahawa OCBC sudah mula membuat "pembayaran muhibbah" kepada para pelanggan yang terjejas disebabkan skim penipuan SMS itu dan menyatakan pihaknya "berharap semua pelanggan yang terjejas akan dilayan dengan adil". 

Dalam satu kenyataan, MAS menyatakan pihaknya mengharapkan semua institusi kewangan mempunyai langkah-langkah yang teguh untuk mencegah dan mengenal pasti penipuan dan membaiki keadaan, serta memberikan bantuan secepat mungkin kepada pelanggan yang menjadi mangsa skim-skim sebegini. 

"Kami sedang bekerjasama dengan Persatuan Bank Singapura (ABS) tentang langkah-langkah melibatkan seluruh industri yang mungkin perlu dikuatkuasakan untuk memastikan perbankan digital kekal selamat, cekap dan dipercayai," kata Cik Ho. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan