Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS pertimbang 'tindakan penyeliaan sesuai' susuli siasatan DBS tentang gangguan khidmat

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (24 Nov), menyatakan bahawa ia akan mempertimbangkan "tindakan penyeliaan yang sesuai" menyusuli gangguan khidmat digital DBS yang berlarutan sekitar dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS pertimbang 'tindakan penyeliaan sesuai' susuli siasatan DBS tentang gangguan khidmat

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 09:44PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 09:46PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (24 Nov), menyatakan bahawa ia akan mempertimbangkan "tindakan penyeliaan yang sesuai" menyusuli gangguan khidmat digital DBS yang berlarutan sekitar dua hari.

"Ini adalah gangguan teruk dan MAS menjangkakan DBS akan menjalankan siasatan teliti untuk mengenal pasti puncanya dan menguatkuasakan langkah-langkah pembetulan sewajarnya," kata Penolong Pengarah Urusan (Perbankan dan Insurans) MAS Marcus Lim.

"MAS akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan yang sesuai menyusuli siasatan itu."

Gangguan khidmat perbankan digital DBS dan POSB berlaku sejak pagi Selasa (22 Nov) apabila ramai pelanggan membuat aduan bahawa mereka tidak boleh mengakses khidmat-khidmat online bank tersebut.

Pagi tadi, DBS menyatakan khidmat-khidmatnya sudahpun beroperasi semula, tetapi isu tersebut berulang lagi.

MAS menyatakan ia dimaklumkan oleh DBS tentang "masalah dengan 'server' kawalan aksesnya" yang menyebabkan para pelanggan mengalami kesulitan untuk log masuk khidmat-khidmat perbankan digitalnya.

"MAS memantau rapi bank tersebut sejak insiden itu," kata Encik Lim. "MAS bersetuju dengan DBS bahawa keutamaan seharusnya untuk memulihkan sepenuhnya khidmat dan mengurangkan kesulitan kepada para pelanggan."

Beliau menambah pihak berkuasa menjangkakan semua institusi kewangan "mempunyai sistem dan proses untuk memastikan khidmat kewangan yang berterusan bagi para pelanggan".

Pada petang tadi, Ketua Negara DBS Singapore Shee Tse Koon memohon maaf menerusi satu video di laman bank tersebut dan beberapa laman media sosial.

Beliau berkata bank sudahpun mengenal pasti masalah dengan 'server' kawalan akses pada Selasa dan sedang sedaya upaya bekerjasama dengan penyedia kejuruteraan pihak ketiga untuk menghuraikan isu itu.

"Sementara itu, saya mahu memberi jaminan kepada anda bahawa deposit dan wang anda selamat," kata Encik See sambil menambah para pelanggan boleh mengakses khidmat perbankan DBS di cawangan-cawangannya atau menerusi panggilan telefon.

DBA juga melanjutkan khidmat perbankan di semua cawangannya sepanjang lagi dua jam untuk memudahkan khidmat-khidmat perbankan.

Bank itu juga menyangkal apa yang disifatkan sebagai "khabar angin", yang mendakwa gangguan khidmat itu berhubung kait penjualan bon perbendeharaan oleh Pemerintah Perpaduan Nasional Myanmar (NUG).

"Tiada kebenaran dalam kenyataan itu. DBS tidak menjual sebarang bon sedemikin," menurut bank itu di Twitter sekitar pukul 3.30 petang.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan