MAS pembeli emas kedua terbesar dunia pada separuh pertama 2023
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) merupakan pembeli emas kedua terbesar dunia pada separuh pertama tahun ini, menurut satu laporan oleh Majlis Emas Sedunia.
Ia menunjukkan bahawa MAS menambah 73 tan emas kepada rizab mereka dari Januari hingga Jun tahun ini.
Ia berada dalam kedudukan di belakang China, yang telah membeli emas sepanjang lapan bulan berturut-turut.
Hakikatnya, permintaan daripada bank pusat di seluruh dunia untuk enam bulan pertama tahun ini mencecah tahap tertinggi sejak 23 tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 387 tan.
Namun, bagi para pengguna, mereka sebaliknya sedang membeli lebih sedikit emas, dengan jualan barang kemas, jongkong emas dan syiling merosot.
Para penganalisis menarik perhatian bahawa ia mencerminkan tahap populariti emas yang kian menyusut di tengah-tengah inflasi yang lebih rendah.
Bagi tempoh baki tahun ini, para penganalisis menjangkakan bank pusat untuk terus membeli emas, terutama negara-negara dengan ekonomi yang membangun. Ia dijangka akan meningkatkan permintaan pelabur.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.