MAS naikkan unjuran inflasi bagi 2026; kekalkan dasar kewangan untuk kali ketiga berturut-turut
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menaikkan unjuran inflasi bagi 2026 dan mengekalkan dasar kewangan tidak berubah untuk kali ketiga berturut-turut pada Khamis (29 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menaikkan unjuran inflasi bagi 2026 dan mengekalkan dasar kewangan tidak berubah untuk kali ketiga berturut-turut pada Khamis (29 Jan).
Ia kini menjangkakan inflasi teras dan inflasi utama antara 1 peratus dengan 2 peratus, naik daripada unjuran sebelumnya sebanyak 0.5 peratus hingga 1.5 peratus.
Inflasi teras tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet.
Bank pusat itu menyatakan inflasi teras dijangka meningkat secara sederhana sedang kos unit buruh bagi perkhidmatan meningkat, namun kenaikan dalam produktiviti perkhidmatan akan mengurangkan kadar kenaikan kos.
Inflasi yang diimport berkemungkinan akan dibendung dengan harga minyak dan komoditi yang diunjurkan merosot pada tahun ini.
"Risiko terhadap pertumbuhan dan prospek inflasi lebih positif sejauh ini," menurut MAS.
Pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan secara berterusan boleh membawa kepada pertumbuhan gaji lebih tinggi dan mendorong sentimen pengguna, yang boleh meningkatkan tekanan inflasi.
Kejutan bekalan, yang boleh dicetuskan oleh perkembangan geopolitk, juga boleh meningkatkan kos import.
Sementara itu, jika pasaran kewangan global menyaksikan pembetulan mendadak atau terdapat pengurangan dalam pelaburan berkaitan kecerdasan buatan, pertumbuhan itu akan mereda dengan lebih pantas, dan inflasi menjadi lebih rendah.
MAS menyatakan pertumbuhan itu dijangka berdaya tahan pada 2026, dan menarik perhatian bahawa tekanan harga asas semakin kembali menghampiri trend.
Justeru, bank pusat akan mengekalkan kadar kenaikan sedia ada bagi jalur dasar kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER).
Keluasan jalur dasar dan tahap di mana ia berpusat tidak akan diubah.
"MAS berada dalam kedudukan yang sesuai untuk bertindak balas secara berkesan kepada sebarang risiko kepada kestabilan harga jangka sederhana dan akan terus memantau perkembangan ekonomi dengan teliti dalam keadaan ketidaktentuan dalam persekitaran luaran," ia menambah.
Langkah itu selaras dengan jangkaan.
Daripada 16 penganalisis yang ditinjau oleh Reuters, 15 menjangkakan MAS akan bertahan.
Pada tahun lalu, MAS melonggarkan dasar kewangan pada Januari dan April, kemudian mengekalkannya tidak berubah pada Julai dan Oktober.
Bank pusat itu menyatakan pertumbuhan global dijangka berkurangan secara sederhana kerana kesan tarif yang lebih tinggi menjejaskan permintaan dan perdagangan akhir, menurut MAS.
Namun tahap penyederhanaan itu boleh dikurangkan dengan dasar fiskal dan kewangan yang menyokong.
Kitaran naik perbelanjaan modal AI global juga harus diteruskan.
MAS menyatakan ekonomi Singapura tumbuh 1.9 peratus berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku pada suku keempat 2025, lebih kukuh daripada dijangkakan disebabkan oleh prestasi mantap segmen pembuatan dan perkhidmatan.
Memandang ke hadapan, walaupun dengan ketidaktentuannya, sektor berkaitan perdagangan Singapura berkemungkinan disokong oleh kitaran AI dan khidmat kewangan seharusnya bermanfaat daripada pinjaman yang berterusan dan aktiviti pasaran modal.
Bank pusat menguruskan dasar kewangan dengan membiarkan dolar Singapura mengukuh atau melemah berbanding mata wang rakan-rakan kongsi perdagangan utama dalam jalur yang tidak didedahkan.
Negara-negara lain lazimnya menguruskan dasar kewangan menerusi kadar faedah.
Singapura boleh mengubah jalur, titik pertengahan dan keluasan jalur bagi menyesuaikannya kepada dasar.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.