MAS larang DBS peroleh perniagaan baharu selama 6 bulan selepas berulang kali berlaku gangguan khidmat perbankan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melarang DBS daripada sebarang pemerolehan perniagaan baharu selama enam bulan, sebagai respons terhadap pelbagai gangguan pada perkhidmatan bank tersebut pada tahun ini.
DBS, pemiutang terbesar di Singapura, juga dikehendaki menghentikan sebarang perubahan IT yang tidak penting selama enam bulan.
"Ini bagi memastikan bank itu memperuntukkan sumber dan perhatian yang diperlukan untuk mengukuhkan sistem dan kawalan pengurusan risiko teknologinya," umum MAS dalam kenyataan medianya pada Rabu (1 Nov).
DBS juga tidak akan dibenarkan untuk mengurangkan saiz cawangan dan rangkaian ATMnya di Singapura buat masa ini.
"Ini bagi memastikan terdapat saluran-saluran alternatif yang mencukupi untuk para pelanggannya sekiranya berlaku gangguan selanjutnya, sedang bank itu berusaha untuk mempertingkatkan daya tahan operasi saluran digitalnya," dedah MAS.

PELBAGAI GANGGUAN
Gangguan pada 14 Oktober lalu merupakan antara beberapa gangguan pada khidmat perbankan DBS tahun ini.

Menyusuli dua gangguan berturut-turut pada khidmat perbankannya dalam tempoh lebih sebulan, MAS mengenakan syarat-syarat modal tambahan ke atas DBS.
Pada Rabu, MAS menarik perhatian bahawa ia mengenal pasti kelemahan pada daya tahan sistem, pengurusan insiden, pengurusan perubahan, serta tadbir urus dan tadbir urus risiko teknologi.
Menyusuli satu semakan bebas, DBS telah menetapkan peta hala tuju untuk menangani kelemahan-kelemahan tersebut.
"Pelan hala tuju itu sedang dilaksanakan secara bertahap-tahap, dengan perubahan yang menjejas reka bentuk seni bina sistemnya mengambil lebih banyak masa untuk disiapkan," dedah MAS pada Rabu.
GANGGUAN YANG MUNGKIN BERLAKU
MAS menyatakan bahawa ia akan mengkaji semula kemajuan yang dibuat oleh DBS terhadap usaha pemulihannya di akhir enam bulan yang ditetapkan.
"MAS mungkin akan melanjutkan tempoh langkah itu, mengubah keperluan modal tambahan yang dikenakan buat masa ini, atau mengambil tindakan selanjutnya pada ketika itu," tambahnya.
Menurut MAS, DBS akan mengambil masa sehingga 24 bulan untuk melaksanakan perubahan-perubahan struktur yang dirancang untuk memperbaiki daya tahan khidmat perbankan digitalnya.
"Buat masa ini, berkemungkinan gangguan masih akan berlaku. Dalam situasi sedemikian, MAS menjangkakan DBS akan segera memulihkan perkhidmatannya dan berkomunikasi dengan pelanggannya dengan cara yang jelas dan tepat pada masanya," dedah MAS selanjutnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.