Skip to main content

Singapura

MAS lantik ketua pegawai kemampanan baharu

Anggaran Waktu Membaca:
MAS lantik ketua pegawai kemampanan baharu

Abigail Ng (kiri) akan menggantikan Gillian Tan sebagai ketua pegawai kemampanan MAS baharu mulai 6 Oktober 2025. (Gambar: MAS)

Diterbitkan : 29 Sep 2025 01:59PM Dikemas Kini : 29 Sep 2025 02:01PM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Isnin (29 Sep) pelantikan ketua pegawai kemampanan baharu (CSO), dengan Cik Abigail Ng akan mengambil alih peranan itu daripada Cik Gillian Tan pada 6 Oktober.

Cik Tan yang dilantik sebagai CSO pada 2022, juga adalah penolong pengarah uurusan (pembangunan dan antarabangsa) di MAS.

Semasa tempoh beliau berkhidmat sebagai CSO, kumpulan kemampanan MAS melancarkan pelan tindakan untuk menggembleng pembiayaan bagi memacukan peralihan Asia ke ekonomi rendah karbon.

Kumpulan kemampanan itu juga memajukan inisiatif-inisiatif utama, termasuk Taksonomi (sistem klasifikasi) Singapura-Asia bagi menggalakkan konsistensi dan kejelasan dalam piawaian pembiayaan yang mampan.

Ia juga termasuk gabungan kredit peralihan dan Perkongsian Pembiayaan Peralihan Asia untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan pembiayaan berpadu di Asia, serta Peta Transformasi Pekerjaan Kewangan Mampan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam kewangan yang mampan.

Dengan agenda kemampan bank pusat "memasuki fasa lebih maju dan matang, ini adalah masa sesuai untuk mengalihkan" kepimpinan kumpulan kemampanan kepada "peranan CSO yang berdedikasi".

Cik Tan akan terus memimpin kumpulan pembangunan dan antarabangsa sebagai ketua kumpulan, menurut MAS.

Cik Ng, yang kini ketua jabatan dasar pasaran dan jabatan pelanggan MAS, "membawa pengalaman kukuh dalam isu-isu kemampanan termasuk kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan pelbagai pihak berkepentingan untuk melakarkan dasar dan keperluan pendedahan yang mampan", menurut bank pusat itu.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita