MAS lancar duit syiling khas Tahun Ular 2025; papar Henderson Waves
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MAS)
SINGAPURA: Untuk meraikan Tahun Baru Cina 2025, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat (15 Nov) melancarkan duit syiling khas Tahun Ular 2025.
Duit syiling tersebut adalah keluaran kesembilan dalam Siri Keempat Duit Syiling Almanak Cina Singapura.
Dilancarkan pada 2017, satu koleksi duit syiling baharu dikeluarkan setiap tahun sehingga 2028.
Setiap tahun ia menampilkan haiwan mengikut kalendar Cina dengan berlatar belakangkan salah satu taman atau pemandangan semula jadi yang terdapat di Singapura.
Syiling 2025 memaparkan set ular berlatar belakangkan Southern Ridges’ Henderson Waves, kata MAS dalam satu kenyataan media.
Bahagian depan syiling tersebut tertera Jata Singapura dan tahun 2025.
“Syiling itu akan tersedia dalam 10 variasi, terdiri daripada nilai yang berbeza, bentuk, komposisi logam dan kesan pencetakan,” kata MAS.
Set syiling premium khas dengan kombinasi syiling berbeza juga akan dijual.
Sebagai contoh, Set 2 syiling Emas & Perak terdiri daripada syiling emas seberat 5 troy auns dan syiling perak seberat 5 troy auns, diletakkan dalam bentuk angka bertuah "8".
Syiling itu akan mula dijual kepada orang ramai pada 1 Jan. Pesanan awal juga boleh dibuat dengan The Singapore Mint dari 15 Nov hingga 15 Dis.
Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh berbuat demikian secara online atau menghubungi 6566 2626.
"Jika tempahan bagi syiling melebihi bekalan, ia akan diperuntukkan melalui undian," kata MAS.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.