Skip to main content

Singapura

MAS lakar garis panduan baharu galak AI secara bertanggungjawab

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengorak langkah untuk membangunkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam industri kewangan dan memperkukuh rangkaian aset digital.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Nov 2025 07:58PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 03:51PM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengorak langkah untuk membangunkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam industri kewangan dan memperkukuh rangkaian aset digital.

Ini termasuk garis panduan yang menggalak penggunaan AI secara bertanggungjawab.

Lantaran itu, ia kini mahu mendapatkan maklum balas berhubung garis panduan baharu, serta menerbitkan buku panduan baharu yang menggariskan amalan terbaik industri.

"Garis panduan dan buku panduan ini akan saling melengkapi. Misalnya, garis panduan akan mewajibkan penilaian tahap sifat risiko, manakala buku panduan pula akan memberikan contoh bagaimana penilaian tersebut dijalankan.

"Kedua-dua inisiatif ini membentuk pendekatan kami ke arah penggunaan AI yang selamat dan bertanggungjawab," kata Pengarah Urusan MAS, Chia Der Jiun.

Satu lagi trend yang semakin popular adalah menukarkan aset nyata kepada bentuk digital seperti token.

Token-token itu bukan disokong oleh mata wang sahaja tetapi ia juga merangkumi bon, dana pelaburan dan juga pengurusan wang tunai.

Bagi memperkukuh rangkaian aset digital itu, MAS bekerjasama dengan bank-bank pusat lain seperti dari Jerman dan Thailand bagi menjadikan urus niaga kewangan rentas sempadan lebih pantas, murah dan cekap.
Sumber : CNA/NY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita