Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS: Ekonomi S'pura terus tumbuh meski ketegangan perang dagang AS-China

Ekonomi Singapura dijangka terus berkembang tahun ini meskipun terdapat risiko ekoran ketegangan perang dagang antara dua ekonomi terbesar dunia - Amerika Syarikat dengan China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2018 04:45PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 10:12PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura dijangka terus berkembang tahun ini meskipun terdapat risiko ekoran ketegangan perang dagang antara dua ekonomi terbesar dunia - Amerika Syarikat dengan China.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan dalam laporan Semakan Makroekonomi Dwitahuhan hari ini (27 Apr) bahawa pertumbuhan ekonomi akan dirangsang oleh pertumbuhan dalam sektor elektronik memandangkan Singapura terus memanfaatkan permintaan mampan dalam perusahaan elektronik sejagat.

Bagaimanapun, meski sektor teknologi dijangka terus berkembang dengan kukuh, ia dijangka meningkat pada rentak lebih perlahan.

Namun, pertumbuhannya dijangka kekal kukuh disebabkan pasaran buruh yang membaik dan perbelanjaan para pelanggan yang meningkat akan membawa manfaat kepada Singapura.

MAS juga memberi amaran bahawa ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China akan menjejas ekonomi Singapura.

Ini kerana, Singapura dan China mempunyai kaitan industri yang kukuh, dan cukai yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas barang-barang China akan menjejas Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura.

Bank pusat itu, bagaimanapun, menyatakan bahawa Singapura tidak akan teruk terjejas jika perang dagang itu tidak memburuk.

MAS menganggarkan GDP Singapura pada tahun ini melebihi ramalan yang ditetapkan iaitu antara 1.5 hingga 3.5 peratus, seperti diumumkan dua minggu lalu.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan