Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS catat rekod kerugian S$7.4 bilion di tengah dolar S'pura yang kian kukuh

Hasil pelaburan bagi rizab asing Singapura berjumlah S$4 bilion. Namun ini diatasi dolar Singapura yang semakin kukuh dan kos faedah yang lebih tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2022 07:18PM Dikemas Kini : 20 Jul 2022 12:49AM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatatkan jumlah kerugian sebanyak S$7.4 juta pada tahun kewangan lalu, dengan hasil pelaburan lebih rendah bagi rizab asing dan dolar Singapura yang semakin kukuh.

Pengarah urusan MAS Ravi Menon berkata pada Selasa (19 Jul) bahawa hasil pelaburan bagi rizab asing Singapura berjumlah S$4 bilion. Namun ini diatasi dolar Singapura yang semakin kukuh dan kos faedah yang lebih tinggi.

Dolar Singapura yang semakin kukuh menyebabkan kesan pertukaran matawang asing negatif sebanyak S$8.7 bilion. Jumlah perbelanjaan pula meningkat kepada S$2.8 bilion, sebahagian besarnya disebabkan kos faedah lebih tinggi bagi operasi pasaran wang dalam negeri.

Ini menyebabkan kerugian S$7.4 bilion - yang pertama dalam hampir sedekad bagi MAS sejak tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2013. Disebabkan kerugian itu, MAS tidak akan menyumbang kepada dana yang disatukan pemerintah mahupun memulangkan keuntungan kepada pemerintah tahun ini.

Dengan inflasi yang kian meningkat MAS mengetatkan dasar kewangan sebanyak empat kali sejak sembilan bulan lalu, termasuk pada Jan dan Julai.

Tidak seperti bank-bank pusat lain, MAS menguruskan kadar tukaran matawang Singapura berbanding menyesuaikan kadar faedah.

Apabila tekanan inflasi meningkat, MAS membolehkan kadar pertukaran berdasarkan perdagangan mengukuh dengan lebih pantas, menurut Encik Menon. Ini membantu mengurangkan inflasi import dan menghadkan permintaan eksport.

Nilai dolar Singapura sudah meningkat hampir 4 peratus berbanding pound Britain, 5 peratus berbanding euro, dan 9 peratus berbanding yen Jepun.

Ini membantu untuk menurunkan harga barangan import.

Harga import di Singapura melonjak sebanyak 27 peratus pada Mei berbanding setahun lalu dengan 80 peratus disbebakan harga minyak dan makanan lebih tinggi.

Kadar inflasi teras yang tidak termasuk harga pengangkutan privet dan penginapan diramal mencapai paras kemuncaknya antara 4 hingga 4.5 peratus dalam suku ketiga sekarang.

Kadar itu dijangka turun kepada antara 3.5 hingga 4 peratus menjelang akhir tahun ini.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan