MAS catat rekod kerugian S$30.8 bilion di tengah kenaikan dolar SG, perbelanjaan faedah meningkat
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatat kerugian bersih terbesar sebanyak S$30.8 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, melonjak daripada kerugian S$7.4 bilion pada 2022.
Ini disebabkan kenaikan dolar Singpura yang menyebabkan kesan negatif menukar satu mata wang ke mata wang yang lain, serta perbelanjaan faedah lebih tinggi yang perlu ditanggung daripada usaha untuk mengurangkan lebihan kecairan dalam sistem perbankan.
Demikian menurut pengarah urusan MAS Ravi Menon pada Rabu (5 Jul) ketika mengeluarkan laporan tahunan bank pusat tersebut.
MAS menyatakan ia meraih keuntungan "kecil" pelaburan sebanyak S$0.6 bilion pada rizab asing rasmi negara di tengah-tengah keadaan pasaran yang mencabar, di mana kedua-dua pasaran bon dan ekuiti menunjukkan prestasi buruk.
Namun ia diatasi oleh kenaikan pada mata wang Singapura dan perbelanjaan faedah lebih tinggi dalam operasi pasaran wang dalam negeri.
Mata wang Singapura menyaksikan "kenaikan tinggi" berbanding mata wang dolar AS dan Eropah, yang mana rizab asing rasmi ditahan, sedang bank pusat mengetatkan dasar sebanyak tiga kali semasa tahun kewangan itu untuk menangani inflasi.
Perbelanjaan keseluruhan melonjak kepada S$13.7 bilion dari S$2.8 bilion, terutamanya disebabkan perbelanjaan faedah lebih tinggi bagi bil MAS dan pinjaman lain bagi operasi pasaran wang domestik.
Disebabkan kerugian tersebut, MAS tidak akan menyumbang kepada dana disatukan pemerintah, ataupun memulangkan keuntungan kepada pemerintah bagi tahun kewangan ini.
Setakat 31 Mac, modal dan rizab keseluruhan MAS adalah S$34.3 bilion.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.