Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS bentuk kumpulan semakan untuk majukan lagi pembangunan pasaran saham SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Aug 2024 05:25PM Dikemas Kini : 02 Aug 2024 09:18PM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat (2 Ogos) mengumumkan ia membentuk satu kumpulan semakan baharu untuk menghuraikan bagaimana pembangunan pasaran saham Singapura dapat diperkukuhkan lagi.

Ini selepas Bursa Singapura (SGX) mengalami prestasi paling teruk pada tahun lalu, khususnya dari segi bilangan syarikat yang menyenaraikan saham pada platformnya.

Kumpulan semakan berkenaan akan diketuai Menteri Kedua Kewangan Chee Hong Tat, yang juga merupakan Menteri Pengangkutan dan seorang anggota lembaga MAS.

Ia akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dari sektor privet, mahupun wakil-wakil sektor awam seperti Pengarah Urusan MAS Chia Der Jiun, CEO Temasek Holdings Dilhan Pillay dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan bagi Pembangunan, Lai Chung Han.

Kumpulan itu akan membentangkan cadangan mereka, selain menyiapkan laporan dalam tempoh 12 bulan, menurut MAS.

Di samping berdepan cabaran memikat syarikat baharu untuk menjual beli saham, SGX juga mendapati bilangan syarikat yang menarik diri mencecah dua angka sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada lima bulan pertama 2024, data daripada SGX menunjukkan sekurang-kurangnya 10 perusahaan menarik diri daripada disenaraikan dalam bursa berkenaan.

Membentuk satu kumpulan semakan satu cara berkesan untuk mendapatkan pelbagai idea dan pandangan pakar, kata Encik Chee kepada media pada Jumaat (2 Ogos).

"Akan ada perbezaan pendapat, tetapi ini sebahagian daripada nilai menjalankan semakan seperti itu," katanya.

Selepas berunding dengan pelbagai pihak, kumpulan semakan tersebut akan memutuskan apakah langkah-langkah terbaik yang perlu diambil.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan