Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS bentang langkah seterusnya bantu Asia beralih dari batu arang

Anggaran Waktu Membaca:
MAS bentang langkah seterusnya bantu Asia beralih dari batu arang

(Gambar fail: AP/Anupam Nath)

Diterbitkan : 15 Nov 2024 08:39PM Dikemas Kini : 15 Nov 2024 08:40PM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membentangkan langkah seterusnya dalam usahanya untuk membantu Asia beralih daripada loji batu arang sebagai sumber tenaga.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Khamis (14 Nov) mengeluarkan laporan sementara terbaharunya mengenai kredit peralihan untuk membantu stesen janakuasa batu arang beralih ke arah sumber tenaga yang lebih mesra iklim.

Ia akan dibantu oleh instrumen kewangan baharu yang dipanggil Transition Credits Coalition - atau TRACTION - yang dilancarkan semasa persidangan perubahan iklim pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu, yang dikenali sebagai COP.

BAGAIMANA KREDIT INI BERFUNGSI?

Asia mempunyai banyak loji batu arang baharu yang telah beroperasi secara purata kurang daripada 15 tahun.

Menutupnya lebih awal daripada yang dirancang akan melanggar kontrak dan memerlukan banyak wang daripada pelabur.

Untuk membiayai peralihan kepada sumber tenaga yang lebih hijau, pemilik loji batu arang akan dapat menjual apa yang dikenali sebagai "kredit peralihan".

Pemerintah dan syarikat boleh membeli kredit ini untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka sendiri.

“Fasa awal dan terurus daripada loji tenaga haba batu arang di Asia penting bagi memastikan peralihan yang adil. Dan memandangkan jumlah modal yang besar diperlukan untuk tujuan ini, kami melihat kredit peralihan sebagai inovasi kewangan kritikal untuk mengupayakannya,” kata Helge Muenkel, ketua pegawai kemampanan di DBS, yang merupakan peneraju bersama salah satu aliran kerja TRACTION.

MAS telah merintis dua projek menutup loji batu arang di Filipina.

Laporan sementara terbaharu itu, yang dikumpulkan daripada perbincangan dengan lebih 30 ahli gabungan dan pakar yang terlibat dalam peralihan batu arang dan pasaran karbon, mengenal pasti risiko dan mencadangkan huraian-huraian praktikal berdasarkan kajian tersebut.

Gillian Tan, Ketua Pegawai Kemampanan MAS, berkata sebahagian daripada kerja gabungan itu adalah memahami pertimbangan pembeli. Ini termasuk perkara yang mereka cari dalam kredit karbon, dan sifat yang mereka mahu kredit peralihan ada.

"Kami mahu memastikan bahawa kami boleh membina saluran paip yang teguh bagi kredit berintegriti tinggi yang diyakini pasaran, di mana anda boleh berasa yakin bahawa pelepasan karbon sudah benar-benar berjaya dikurangkan," katanya.

Cik Tan menambah bahawa bekalan dan permintaan yang seimbang juga penting dalam membina pasaran berskala.
Sumber : CNA/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan