Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS ambil tindakan penguatkuasaan perangi pengubahan wang haram, biaya pengganasan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2022 06:35PM Dikemas Kini : 27 Apr 2022 11:52PM

SINGAPURA: Sebilangan syarikat dan individu dikenakan tindakan oleh bank pusat Singapura
kerana melanggar kawalan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda kompaun sebanyak S$2.4 juta antara Julai 2020 hingga Disember tahun lalu.

Denda sivil sebanyak S$150,000 juga dikenakan sedang 20 perintah larangan dikeluarkan ke atas wakil-wakil syarikat yang dianggap tidak layak.

Lebih banyak perintah arahan turut dikeluarkan pada tahun lalu.

Pada masa hadapan, MAS menyatakan ia akan mengkaji pelbagai pilihan untuk meningkatkan bantuan bagi para pelabur yang mengalami kerugian disebabkan oleh salah laku pasaran.

MAS juga akan memberi lebih banyak tumpuan untuk mempertanggungjawabkan para pengurus kanan bagi sebarang kesalahan yang dilakukan oleh institusi kewangan atau kakitangan mereka.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan