Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Marsiling-Yew Tee terbit laporan pertama berkaitan inisiatif mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2023 05:43PM Dikemas Kini : 28 May 2023 09:36PM

SINGAPURA: GRC Marsiling-Yew Tee mempertingkatkan usaha mengitar semula dan memasang panel suria di blok-blok perumahan awam.

Ia antara beberapa inisiatif yang digariskan dalam laporan sulung GRC tersebut berkaitan kemampanan.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Anggota Parlimen kawasan undi itu juga menanam 50 batang pokok pada pagi Ahad (28 Mei).

Ia merupakan sebahagian kegiatan yang dianjurkan menjelang ulang tahun ke-100 mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew tahun ini.

Mendiang Encik Lee melancarkan kempen menanam pokok yang pertama di seluruh negara, 60 tahun lalu.

Laporan oleh GRC Marsiling-Yew Tee itu juga menggariskan beberapa penambahbaikan yang diinginkan penduduk, seperti lebih banyak ladang pertanian di bumbung bagi masyarakat.

"Menyediakan lebih banyak kebun masyarakat pastinya termasuk dalam senarai keutamaan kami, terutama sekali di Woodgrove.
Ia antara hasrat terbesar yang diluahkan oleh penduduk kepada kami," kata Cik Hany Soh, AP GRC Maisiling-Yew Tee dan Naib Pengerusi, Majlis Bandaran Marsiling-Yew Tee.

Beliau menambah: "Kami sedang menelitinya dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mencari lokasi yang sesuai dan kami berharap untuk memberikan perkembangannya kepada penduduk pada masa akan datang."

Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan