Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Marina Parade rai jubli emas; umum kelab masyarakat baharu inklusif

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Apr 2024 07:53PM Dikemas Kini : 13 Apr 2024 11:06PM
SINGAPURA: Hab Masyarakat baharu Marine Parade yang bakal dibuka pada tahun 2025 ingin menggajikan golongan kurang upaya, selain mengembangkan sejumlah besar perusahaan sosial.

Demikian dikongsi Anggota Parlimen (AP) kawasan undi itu Dr Tan See Leng sempena sambutan ulang tahun yang ke-50 estet tersebut.

Dengan lebih ramai penduduknya yang semakin menua, Marine Parade juga bakal dilengkapi dengan lebih banyak laluan berbumbung, laluan pejalan kaki yang rata serta had kelajuan lebih rendah di jalan raya.

Stesen MRT Laluan Thomson-East Coast pula dijangka mula beroperasi di estet tersebut pada bulan Jun nanti.

"Kami mempunyai sebuah ruang hab masyarakat di besmen Kelab Masyarakat baharu Marine Parade.

"Kami akan meneroka cara bagaimana untuk membawa masuk lebih banyak perusahaan sosial, dan beberapa kedai runcit, bistro dan sebagainya. Kami berharap mereka boleh menggajikan golongan kurang upaya", ujar Dr Tan.

50 tahun lalu, Marine Parade menjadi estet perumahan pertama dibangunkan di tanah tambak.

Mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong berkhidmat di kawasan undi itu selama 44 tahun.

Sebagai AP pertamanya, beliau ingat lagi cabaran untuk membangunkan sebuah masyarakat Marine Parade.

"Misi saya ketika itu adalah untuk membina sebuah masyarakat di Marine Parade. Seperti yang anda tahu, orang seperti anda dan orang lain datang dari luar kawasan ini kerana tiada penduduk di Marine Parade sebelum ini, " kata beliau dalam majlis sempena sabutan 50 tahun estet Marine Parade.

"Penduduk datang dari seluruh Singapura , tetapi terutamanya dari sebelah timur. Mereka tidak mengenali satu sama lain pada awalnya dan tidak mudah bagi mereka untuk mengenali satu sama lain. Jadi, matlamat saya ialah membangunkan masyarakat yang harmoni di Marine Parade, dengan semangat kampung dan kejiranan."
 
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan