Skip to main content

Singapura

Marina Bay Sands ubah jadual pertunjukan dron naga berikutan kebimbangan keselamatan pengunjung

Anggaran Waktu Membaca:
Marina Bay Sands ubah jadual pertunjukan dron naga berikutan kebimbangan keselamatan pengunjung

(Gambar: Marina Bay Sands)

Diterbitkan : 13 Feb 2024 04:21PM Dikemas Kini : 13 Feb 2024 04:23PM
SINGAPURA: Pertunjukan dron naga di Marina Bay Sands yang dijadualkan pada Sabtu (17 Feb) sebaliknya akan berlangsung pada Khamis (15 Feb).

Baki pertunjukan pada Khamis, Jumaat (16 Feb) dan Ahad (18 Feb) juga akan bermula pada pukul 9.00 malam, dan bukan pada 8.00 malam seperti yang diumumkan sebelum ini, menurut MBS dalam kemas kini pada Selasa (13 Feb).

Sekiranya hujan turun, pertunjukan itu akan bermula pada pukul 10.00 malam, "jika keadaan cuaca mengizinkan pada waktu itu".

"Perubahan tersebut dibuat untuk mengoptimumkan pengalaman menonton dan memudahkan aliran trafik, terutamanya pada hujung minggu," tambah MBS.

Langkah tersebut dilaksanakan selepas pertunjukan 'The Legend of the Dragon Gate: Drone Show by the Bay' pada Sabtu (10 Feb) dihadiri ramai orang yang berasak-asak di kawasan itu.

Namun, kesesakan itu diburukkan lagi oleh cuaca hujan, yang mencetuskan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pengunjung.

Video Mediacorp di Facebook menunjukkan keadaan di sekitar kawasan itu yang mencetuskan kemarahan pengguna, dengan sejumlah daripada mereka berkongsi tentang "jumlah orang yang terlalu ramai" dan dikatakan bahawa "tiada kawalan kesesakan" dilaksanakan.

Sebagai memberi respons, MBS pada Ahad menmperkenalkan lebih banyak langkah mengawal kesesakan yang akan dijalankan pada baki pertunjukan.

Ia juga menasihatkan pengunjung untuk mempertimbangkan lokasi alternatif untuk menonton pertunjukan itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita