Skip to main content

Singapura

Maraton terapi bunyi pertama seumpamanya di SG sorot peri penting kesejahteraan mental

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hari Kesejahteraan Diri Sejagat jatuh pada tanggal Sabtu (8 Jun).

Ia juga bertindak sebagai satu peringatan tepat buat kita untuk berjeda sejenak dan memberi tumpuan kepada penjagaan diri.

Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata, kesejahteraan mental kini menjadi semakin penting, sedang arus kehidupan menjadi lebih deras.

Beliau berucap di acara maraton terapi bunyi yang pertama seumpamanya dianjurkan di Singapura.

Ini sejenis terapi audio yang dikatakan boleh membantu para penduduk menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan menerusi kuasa bunyi-bunyian.

Ia memanfaatkan peralatan seperti mangkuk nyanyi dan bunyian loceng, sebagai kaedah untuk meningkatkan mutu kesihatan serta kecergasan diri.

Acara sepanjang hari di Cantonment Road tersebut berharap dapat menyorot peri pentingnya menjaga kesejahteraan mental.

"Teknologi sedang mengubah banyak perkara dan orang ramai sentiasa berada di alam siber. Jadi, kita sentiasa terikat di bawah tekanan yang amat tinggi.

"Jadi amat penting untuk melepaskannya serta mempunyai ketenangan minda dan pemikiran supaya dapat bernafas," ujar Cik Indranee.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita