Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan veteran NSP Steve Chia lompat parti ke SPP

Mantan anggota veteran Parti Perpaduan Nasional (NSP) Steve Chia yang mendapat perhatian pada Pilihan Raya Umum 2015 selepas membatalkan rancangan untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut, sudah melompat parti ke Parti Rakyat Singapura (SPP).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan veteran NSP Steve Chia lompat parti ke SPP

Encik Steve Chia kini dalam parti SPP. (Gambar: Parti Rakyat Singapura/ Facebook)

Diterbitkan : 20 Jan 2018 02:40PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 02:43PM

SINGAPURA: Mantan anggota veteran Parti Perpaduan Nasional (NSP) Steve Chia yang mendapat perhatian pada Pilihan Raya Umum 2015 selepas membatalkan rancangan untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut, sudah melompat parti ke Parti Rakyat Singapura (SPP).

Para anggota SPP memberitahu Mediacorp bahawa mantan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCM) itu kini dalam jawatankuasa eksekutif pusat parti tersebut sebagai seorang setiausaha penganjur.

Gambar-gambar Encik Chia, 47 tahun, memakai baju parti tersebut dan mendampingi penduduk Bishan dimuat naik ke laman Facebook SPP kelmarin (18 Jan).

Selepas menyertai NSP pada 1995, Encik Chia bertanding dalam pilihan raya pertamanya dua tahun kemudian dan menjadi anggota parlimen tanpa kawasan undi dari 2002 hingga 2006. Pada Pilihan Raya Umum 2015, beliau merancang untuk bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) MacPherson. Namun, beliau mengundurkan diri. Ketika itu, satu laman yang menyebarkan gambar-gambar bogel yang melibatkannya pada 2003 tersebar dengan meluas.

Encik Jose Raymond, mantan pengarah eksekutif Majlis Sekitaran Singapura (SEC) juga terlibat dalam usaha SPP mendekati para penduduk Bishan. Encik Raymond, 46 tahun menjadi relawan parti itu dua bulan yang lalu.

Para anggota SPP mengatakan bahawa Encik Raymond mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti itu di SMC Potong Pasir dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Bishan-Toa Payoh.

Encik Raymond, yang enggan mengulas lebih lanjut, pernah membantu Menteri Vivian Balakrishnan dalam kempen pilihan raya 2011 dan 2015. Beliau juga merupakan setiausaha akhbar Dr Balakrishnan ketika beliau menerajui Kementerian Sekitaran dan Sumber Air.

Encik Raymond, yang kini naib presiden Persatuan Renang Singapura, juga merupakan timbalan pengerusi Yayasan Chiam See Tong yang ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik merealisasikan impian mereka dalam bidang sukan. 

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan