Skip to main content

Singapura

Mantan tokoh politik Koo Tsai Kee dianugerahi Pingat Jasa Gemilang atas khidmat setia

Mantan ahli politik, Koo Tsai Kee, dianugerahi Pingat Jasa Gemilang dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas khidmat setia serta sumbangannya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Nov 2021 07:09PM Dikemas Kini : 28 Nov 2021 09:44PM

SINGAPURA: Mantan ahli politik, Koo Tsai Kee, dianugerahi Pingat Jasa Gemilang dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas khidmat setia serta sumbangannya.

Beliau diberi pingat tersebut di konvensyen parti itu hari ini (28 Nov).

Profesor Koo berkhidmat dengan PAP lebih tiga dekad. Beliau mula menceburi politik pada 1991 dan menjadi Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar selama empat penggal bersama-sama mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew.

Profesor Koo juga pernah menyandang jawatan Menteri Negara di pelbagai kementerian termasuk Pembangunan Negara, Kewangan dan Pertahanan.

PAP juga memberi penghormatan kepada aktivis di Hougang, Lionel de Souza yang meninggal dunia bulan lalu, dengan satu Anugerah Pujian.

Balu beliau mewakilinya di upacara itu. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita