Skip to main content

Singapura

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Mohamad Maidin Packer Mohd meninggal dunia pada usia 66 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Mohamad Maidin Packer Mohd meninggal dunia pada usia 66 tahun

Mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Mohamad Maidin Packer Mohd

Diterbitkan : 24 Jun 2024 11:15PM Dikemas Kini : 24 Jun 2024 11:22PM
SINGAPURA: Mantan anggota parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) meninggal dunia akibat serangan jantung pada malam ini (24 Jun).

Pemergian Allahyarham disahkan oleh anak sulungnya Mohamad Mahathir Mohamad Maidin.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada 6.50 petang.

Ambulans kecemasan tiba sekitar 7.05 malam untuk dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).

"Arwah bapa saya mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Besar Changi dan usaha untuk menyelamatkannya gagal," kata Encik Mohamad Mahathir kepada BERITA Mediacorp.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.35 malam.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Blok 333 Tampines Street 33, dan disolatkan di Masjid Ba’alwie selepas Zuhur esok ( 25 Jun).

Allahyarham pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kanan dan merupakan Anggota Parlimen GRC Aljunied (1991-1996) dan GRC Marine Parade (1997-2006) selain menjadi Penasihat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat.

Beliau juga pernah menyandang jawatan selaku Timbalan Presiden Taman Bacaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita