Skip to main content

Singapura

Mantan Setiausaha MUIS Syed Haroon Aljunied meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Setiausaha MUIS Syed Haroon Aljunied meninggal dunia

Allahyarham Syed Haroon Aljunied. (Gambar: MUIS/Facebook)

Diterbitkan : 27 Nov 2024 09:00PM
SINGAPURA: Mantan Setiausaha Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dari 1985 hingga 2007, Syed Haroon Mohamed Aljunied meninggal dunia siang tadi (27 Nov).

Berita duka itu disahkan oleh pihak keluarga Allahyarham.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Ba'alwie selepas jam 10.00 pagi esok (28 Nov).

Menerusi catatan Facebook MUIS, pendekatan Allahyarham Syed Haroon yang berwawasan membawa kepada pemulihan harta wakaf, mengubah aset yang kurang digunakan kepada sumber berharga yang terus memberi manfaat kepada masyarakat Islam hari ini.
Malah di bawah panduan Allahyarham Syed Haroon, MUIS turut menjalani pemodenan yang ketara, di mana beliau menjadikan operasi lebih profesional dengan mengambil khidmat pakar untuk meningkatkan keupayaan dan penghantaran khidmat.

Sumbangan Allahyarham bahkan termasuk mengawal selia pembangunan lebih banyak masjid baharu di kawasan perumahan di seluruh Singapura.

Pendekatan beliau yang berdaya inovasi kepada pembangunan wakaf juga membantu MUIS menerima Anugerah Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Makhtoum.

Dedikasi Allahyarham turut diiktiraf dengan Anugerah Perkhidmatan Awam dan Anugerah Ulang Tahun ke-40 MUIS.

MUIS turut menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.
Sumber : BERITA Mediacorp/HK/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita