Mantan Presiden MUIS, Alami Musa terbitkan buku, catat perjalanan pembangunan masyarakat Melayu/Islam SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan Presiden MUIS Mohammad Alami Musa menerbitkan sebuah buku yang merakam perjalanan masyarakat Melayu/Islam dalam mendaki puncak kecemerlangan, dari perspektif dirinya sebagai penjawat awam dan pemimpin masyarakat.
Bertajuk 'Ascent Towards Pinnacle', buku tersebut menelusuri lebih lima dekad pengalaman peribadi Encik Alami dan perjuangan kolektif masyarakat — dari tahun-tahun getir pasca kemerdekaan hingga kemunculan generasi yang berdaya saing hari ini.
Buku yang mengambil masa setahun setengah untuk dihasilkan itu dilancarkan oleh tetamu kehormat mantan Presiden Singapura Puan Halimah Yacob di Perpustakan Negara pada Khamis (16 Okt).
PENGALAMAN 55 TAHUN DALAM BUKU BAHARU
Encik Alami Musa menyifatkan buku terbaharunya itu sebagai himpunan sumber berharga daripada lebih lima dekad penglibatan beliau dalam masyarakat Melayu/Islam Singapura.
“Saya mempunyai banyak sumber utama yang belum saya ketengahkan untuk umum. Jadi inilah sumber-sumber utama yang telah saya kumpul dari sejak saya umur kecil lagi 13 tahun. Apa yang saya lihat saya dengar saya pantau dan penglibatan saya dalam kerja-kerja masyarakat, ” kongsi Encik Alami kepada wartawan Nity Farhana Dolhamid.
Beliau menambah bahawa penulisan itu juga merupakan cara untuk mengabadikan khidmat dan isu-isu yang pernah ditanganinya sepanjang 55 tahun dan bersempena SG60.
“Saya ingin mengumpulkan semua sumber-sumber utama ini dalam satu buku dan saya kira ini akan memperkayakan lagi bahan penulisan untuk memahami keadaan dan situasi masyarakat Melayu/Islam,” jelasnya.

AYAHNYA, MUSA YUSOF JADI SETIAUSAHA PERTAMA MUIS
Sejak berusia 13 tahun, Encik Alami sudah menyaksikan bagaimana ayahnya, Almarhum Musa Yusof yang merupakan Setiausaha pertama MUIS, berdepan pelbagai cabaran ketika badan itu ditubuhkan pada 1969, termasuk tanggapan bahawa penubuhan MUIS sebagai percubaan pemerintah untuk mengawal masyarakat Islam.
"Pemimpin-pemimpin masyarakat yang duduk di MUIS datang untuk berbincang dan saya dapat dengar. Saya dapat dengar bahasa yang mereka gunakan bahasa yang sangat emosi dan mereka sangat terganggu. Oleh kerana pada masa itu ada pertubuhan- pertubuhan Melayu/Islam yang menguruskan masjid, madrasah, para asatizah kita tapi dengan tertubuhnya MUIS, MUIS kena ambil alih tugas semua sekali. Jadi persaingan untuk kuasa dan pengaruh," jelasnya.
Malah beliau mendapati dirinya sendiri 'terheret' ke dalam perdebatan apabila perlu mempertahankan peranan bapanya.
"Cikgu bahasa Melayu saya tinggal dekat rumah saya. Tiap-tiap pagi saya tumpang dia untuk ke sekolah dan dalam cerita itu dia akan betul-betul, dia marah sekali dengan MUIS dengan ayah saya dengan PAP dengan pemerintah dengan Singapura. Jadi dia selalu mengkritik dengan keras pada saya. Jadi saya sebagai anak, saya ingin mempertahankan ayah saya.
"Saya pun mencuri-curi melihat fail-fail yang ayah saya bawa ke rumah, membongkar begnya selepas dia tidur dan untuk mendapatkan bahan-bahan untuk mempertahankan ayah dan MUIS," tambahnya lagi.
ANTARA PENGASAS AMP - BENTUK KEPIMPINAN BERSAMA
Sebagai mahasiswa, Encik Alami dikenali sebagai aktivis yang vokal — berani mempersoalkan isu seperti penyertaan orang Melayu dalam Angkatan Bersenjata Singapura dan soal keadilan sosial.
"Di satu mesyuarat serantau mahasiswa-mahasiswa Islam Singapura, Malaysia, Indonesia. Kita pun mengambil resolusi mengenai penyertaan anak-anak muda dalam angkatan bersenjata. Balik daripada persidangan itu, kita diberi amaran jangan sebarkan resolusi itu. Kita tak dengar cakap, kita sebarkan," kongsi Encik Alami.
Beliau juga merupakan antara penggerak utama penubuhan AMP sebagai pengarah pengasas dan pengerusinya.
Dalam usaha menggabungkan tenaga asatizah dan profesional bagi membentuk kepimpinan bersama, Encik Alami berdepan tentangan politik dan salah tafsir terhadap niat AMP.
Apa yang dianggapnya sebagai percubaan memperkukuh masyarakat ditafsir sesetengah pihak sebagai percubaan mencabar struktur sedia ada.
Apabila dilantik sebagai Presiden MUIS, Encik Alami akhirnya menunaikan impiannya itu tetapi dengan pendekatan berbeza.
Beliau membuka pintu MUIS kepada golongan profesional dan menjadikan dialog antara ilmu agama dan ilmu dunia sebagai teras baharu.
"Saya tidak menyerah diri apabila idea itu tidak diterima. Malah, apabila saya menyertai MUIS sebagai Presiden MUIS, saya ingat lagi idea itu dan saya melaksanakan idea itu tetapi bukan secara yang asalnya. Saya menggalakkan golongan profesional misalannya profesional dalam bidang kewangan, kesihatan, perubatan dan kita undang mereka ke depan untuk berbincang dengan golongan agama untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam di Singapura ini," tambahnya lagi.
Konsep ini menjadi landasan kepada pembentukan 'Singapore Muslim Identity' (SMI) yang diusulkan Encik Alami selepas tragedi 11 September 2001.
Ketika itu, dunia Islam berdepan krisis kepercayaan dan stereotaip baharu. Ia menjadi asas kepada pembentukan dan rombakan sistem serta institusi di bawah MUIS.
"Jadi dengan ideologi dan identiti kita bangunkan institusi misalannya golongan asatizah. Kita bangunkan di masjid-masjid dan sistem madrasah pun kita rombak dan dengan Pusat Harmoni dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin. Itu adalah institusi-institusi untuk menyokong ideologi ataupun pemahaman pengamalan Islam di Singapura," kata Encik Alami.
Selain memperkenalkan SMI, antara pencapaian utama beliau di MUIS adalah pelaksanaan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) — sistem pendaftaran rasmi bagi memelihara kewibawaan dan profesionalisme guru agama, yang dilihat sebagai langkah memperkukuh kepercayaan terhadap institusi Islam di negara ini.

5 FASA PENTING MASYARAKAT MELAYU/ISLAM, SARAN 3 KONSEP BAHARU
Dalam bukunya, Encik Alami membahagikan perjalanan masyarakat Melayu/Islam kepada lima fasa penting - daripada era pasca kemerdekaan yang penuh keresahan, ke dekad krisis 1980an, kebangkitan kelas menengah pada era 1990an, pembentukan identiti Islam moden selepas tahun 2000 hinggalah ke era mencapai kecemerlangan.
Encik Alami juga cuba mengusik pembaca dengan mengetengahkan tiga konsep baharu yang disesuaikan daripada konsep barat bagi memenuhi perkembangan sosio-politik Singapura yang unik dan konteks kehidupan masyarakat majmuk Singapura.
Yang pertama adalah 'sacred secularism' iaitu konsep sekularisme yang tidak meminggirkan agama, sebaliknya menjadikannya panduan dalam menangani cabaran masa kini.
Kedua adalah 'enclave-less multiculturalism' iaitu kepelbagaian budaya tanpa sempadan yang memupuk rasa kebersamaan dan keharmonian dan yang ketiga pula, 'polymorphic meritocracry' iaitu meritokrasi yang mengiktiraf bukan sahaja pencapaian akademik tetapi dari segala bentuk.
"Setiap individu mempunyai meritokrasi tersendiri. Misalannya, kalau yang tukang masak itu ada meritokrasi bagaimana untuk menjadi tukang masak yang unggul sekali."
"Jadi meritokrasi ini bukan hanya untuk satu golongan, (ia) dari meritokrasi berbagai bentuk dan saya cadangkan bahawa pihak pemerintah memberi sokongan yang kuat dan pelbagai untuk semua golongan," jelas Encik Alami.
FASA SETERUSNYA MASYARAKAT MELAYU/ISLAM
Selepas lebih setengah abad penglibatan dalam aktivisme sosial dan institusi agama, Encik Alami kini melihat masyarakat Melayu/Islam Singapura sebagai komuniti yang "lebih maju ke depan, lebih progresif, lebih yakin, lebih kreatif".
Namun, masih ada ruang yang boleh diperbaiki.
Menurut Encik Alami yang kini merupakan Duta Singapura (Tidak Bermastautin) ke Algeria dan Felo Kanan Adjung di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), 'kuasa ekonomi' masyarakat perlu dipertingkat dengan membangunkan kelompok peniaga dan usahawan untuk memperkukuh kedudukan masyarakat Melayu/Islam.
"Kita ingin membangunkan masyarakat yang maju dan definisinya mesti mempunyai kelompok peniaga dan pengusaha korporat yang kuat yang stabil. Tidak ada masyarakat yang kuat yang tidak ada kelompok ini. Kita masih lagi belum kuat lagi. Masih lemah lagi. Itulah satu yang kita nak kena fikir betul-betul. Bagaimana untuk meramaikan lagi, menggalakkan ramai untuk tampil dalam kerja-kerja perniagaan dan bisnes dan bagaimana untuk menguatkan lagi golongan usahawan dan peniaga Melayu Islam," kata Encik Alami.
Buku 'Ascent Towards Pinnacle' boleh didapatkan di tokoh buku setempat dan hasil penjualannya akan disalurkan kepada amal.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.