Mantan Presiden Halimah Yacob sifatkan rancangan Trump 'ambil alih' Gaza sebagai 'benar-benar mengerikan'

Penduduk Gaza berjalan di sisi bangunan-bangunan yang runtuh akibat perang di Jabalia di bahagian utara Gaza. (Gambar: Omar AL-QATTAA/AFP)
Merujuk kepada sebuah laporan mengenai rancangan Encik Trump, Cik Halimah juga mengkritik langkah itu sebagai "pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa".
"Penduduk Palestin sudah banyak menderita. 75,000 penduduk Palestin yang terpaksa dipindahkan dari rumah mereka pada 1948, semasa Nakba pertama, kini tinggal di Gaza. Kini Nakba kedua pula?" tulis Cik Halimah menerusi catatan di laman Facebook pada Rabu (5 Feb).
"Ini adalah penghinaan terakhir yang ditimpakan ke atas rakyat Palestin yang sedang menderita. Dengan retorik sedemikian, di manakah fasa kedua gencatan senjata Gaza, sepatutnya dirundingkan dan menuju ke arah keamanan?" tambah Cik Halimah.
Sebelum ini, Presiden Donald Trump memberi cadangan yang luar biasa, supaya Amerika Syarikat "mengambil alih" Carikan Gaza.
Ini sedang beliau mengadakan rundingan penting bersama Perdana Menteri Israel berhubung gencatan senjata itu dengan kumpulan Hamas.
Encik Trump juga mengulangi gesaannya agar penduduk Palestin berpindah daripada wilayah yang dilanda perang itu ke negara Timur Tengah seperti Mesir dan Jordan, sekalipun rakyat Palestin dan negara-negara tersebut sekeras-kerasnya menolak cadangannya, sekali gus mencetus kritikan dan kecaman hebat antarabangsa.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.