Mantan Presiden Halimah Yacob dianugerah penghormatan awam tertinggi negara
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Presiden Halimah Yacob pada 13 Sep 2023. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Mantan Presiden Halimah Yacob telah dianugerahkan penghormatan orang awam tertinggi Singapura, Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi).
Dalam satu kenyataan media pada Rabu (25 Okt), Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Puan Halimah akan menerima anugerah itu daripada penggantinya, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam majlis penyampaian anugerah negara pada Ahad (29 Okt).
Puan Halimah, yang merupakan Presiden kelapan Singapura, mengetuai senarai penerima Anugerah Negara tahun ini.
Mantan Presiden Singapura sebelum ini yang menerima anugerah serupa termasuk Encik Wee Kim Wee, Encik S R Nathan, dan Dr Tony Tan.
Mantan Hakim besar Yong Pung How, mantan pengerusi Temasek Holdings S Dhanabalan dan mantan Timbalan Perdana Menteri S Jayakumar juga dianugerahkan penghormatan tersebut.
Menurut laman PMO, penghormatan itu diperkenalkan pada 1962 dan mempunyai tiga gred - Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi), Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian) dan Darjah Utama Temasek.
Hanya rakyat Singapura sahaja boleh diberikan Darjah Utama, dengan individu bukan rakyat Singapura dianugerahkan di bawah keadaan tertentu.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah salah seorang daripada mereka yang diberi anugerah Darjah Utama Temasek pada 2014 atas sumbangannya kepada kerjasama serantau dan hubungan dua hala yang rapat antara Singapura dengan Indonesia.
Darjah Utama Temasek adalah yang kedua paling berprestij selepas Bintang Temasek, yang hanya diberikan kepada anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) atau Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) atas "keberanian dan kemahiran cemerlang" atau "taat setia dalam menjalankan tugas walaupun dalam keadaan sangat berbahaya", menurut PMO.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.