Mantan Presiden, Halimah Yacob dan suami terima pengiktirafan atas sumbangan besar pupuk perpaduan kaum
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Proses menyatupadukan masyarakat berbilang agama di Singapura memerlukan usaha yang bersepadu dan berterusan.
Demikian kata mantan Presiden, Halimah Yacob yang ditemui para wartawan di sebuah majlis anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) petang tadi (6 Dis).
Majlis itu dianjurkan bagi meraikan dan memberi pengiktirafan buat Puan Halimah dan suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee atas sumbangan mereka dalam memupuk perpaduan dan keharmonian agama di Singapura.
Puan Halimah berkata, "Saya berasa amat berterima kasih atas pengiktirafan ini. Usaha untuk menentukan adanya harmoni agama di Singapura adalah sesuatu tanggungjawab ramai."
IRO BERI PENGIKTIRAFAN KEPADA PUAN HALIMAH YACOB DAN SUAMINYA
Sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Singapura, Puan Halimah telah menyokong pelbagai inisiatif Pertubuhan Antara Agama (IRO).
Ini menurut Presiden IRO, Noor Marican, sangat penting dalam usaha memupuk perpaduan di Singapura.
Ini lebih-lebih lagi dalam dunia yang berpecah belah dan berdepan dengan pelbagai perselisihan faham.
Encik Marican berkata, "Beliau terlibat secara aktif dengan para pemimpin dari pelbagai latar belakang agama. Beliau mengadakan dialog dan menggalakkan sikap saling menghormati. Dengan mewujudkan wadah untuk perbincangan terbuka dan menggalakkan toleransi beragama, beliau menetapkan asas untuk interaksi yang bermakna, di mana perbezaan pandangan diakui dan dihormati."
Dalam ucapannya, Encik Marican turut menukil beberapa contoh bagaimana Puan Halimah menyokong usaha-usaha silang agama sepanjang beliau menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Singapura.
"Apabila cabang Belia IRO mengadakan sesi perbincangan ‘Untitled Conversations’ pada 2019, Puan Halimah turut ikut serta. Beliau menggalak perbincangan di kalangan para belia mengenai pengalaman silang agama dan menekankan keperluan untuk terus mengadakan sesi-sesi dialog mengenai isu-isu kaum dan agama."
Puan Halimah juga antara lain telah menggerakkan usaha bagi penganjuran Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) pada 2019.
Semasa edisi pertama ICCS, inisiatif Komitmen untuk Melindungi Harmoni Agama dilancarkan di mana para pemimpin agama berikrar untuk bersatu padu dalam memupuk sifat-sifat baik dan membina ikatan yang kukuh dalam kalangan masyarakat.
Lebih 750 persatuan agama Singapura menunjukkan sokongan kepada komitmen tersebut.
Puan Halimah berharap usaha-usaha ini dapat diteruskan.
Beliau berkata, "Semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota, amat menggalakkan. Sokong menyokong satu sama lain dalam usaha untuk menjaga keharmonian di Singapura. Ini tidak bermakna kita bersetuju tentang segala-galanya tetapi dalam perbezaan, kita tahu untuk mengaturnya agar tidak memecahbelahkan masyarakat Singapura."
Encik Marican juga memuji usaha suami Puan Halimah, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee dalam memainkan peranan menyatukan masyarakat berbilang agama.
"Beliau juga secara aktif mendampingi para pemimpin dan wakil berbilang agama. Menerusi sesi-sesi pendampingan ini, Encik Abdullah menggalak sikap saling menghormati, toleransi, dan penghargaan terhadap pelbagai kepercayaan," kongsi Encik Marican dalam ucapannya.
PEMIMPIN DAN WAKIL AGAMA KENANG SUMBANGAN PUAN HALIMAH DAN ENCIK ABDULLAH
Di majlis ini, Puan Halimah dan suaminya menerima beberapa cenderahati daripada para pemimpin dan wakil badan-badan agama di Singapura.
Mereka yang hadir turut mengenang pelbagai sumbangan Puan Halimah dan suaminya.
"Cara pendampingan beliau, bukan sahaja melibatkan para pemimpin agama, tetapi belia, wanita dan para penganut agama juga. Kehadiran beliau, sebagai seorang Musilm, beliau melakukan yang terbaik untuk mendampingi semua agama," kongsi Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Kanak-kanak & Masyarakat Canossaville, Theresa Seow kepada BERITA Mediacorp.
Presiden Masyarakat Budaya Quan Zhen, Encik Chung Kwang Tong pula berkata, "Beliau sentiasa menggalak dan memberi peringatan bahawa belia adalah golongan yang paling penting dan kita perlu memupuk mereka dan berikan mereka peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja silang agama."
Lebih 50 pemimpin dan wakil agama hadir di majlis yang diadakan di Galeri 'Harmony in Diversity'.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.