Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan PM Jepun Shinzo Abe sahabat akrab S'pura, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2022 07:03PM Dikemas Kini : 27 Sep 2022 08:37PM
TOKYO: Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah memberikan penghormatan kepada mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

Dalam catatan di Facebook, PM Lee berkata mendiang Encik Abe adalah sahabat akrab Singapura yang mengekalkan hubungan erat.

PM Lee serta isteri beliau berada di Tokyo untuk menghadiri upacara Persemadian Negara mendiang Encik Abe.

PM Lee mengutuskan ucap takziah amat mendalam kepada balu mendiang, Cik Akie Abe, dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Semasa lawatannya ke Jepun, PM Lee juga mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Encik Kishida.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan antara Singapura dengan Jepun yang terjalin sejak sekian lama.

Mereka membincangkan kerjasama dalam bidang-bidang pendigitalan, kemampanan dan perdagangan berbilang hala.

Ia merupakan pertemuan empat mata yang ketiga antara kedua-dua pemimpin itu dalam tempoh lima bulan.
Sumber : CNA/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan