Mantan PM India Manmohan Singh bentuk semula dan pelbagaikan ekonomi negara: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Harish Tyagi)
SINGAPURA: Mendiang mantan Perdana Menteri India Manmohan Singh membentuk semula ekonomi negara tersebut dan menyediakan landasan bagi pertumbuhan luar biasanya, kata Perdana Menteri Lawrance Wong, sambil menyampaikan takziahnya.
BACA:
"Encik Singh adalah seorang negarawan yang membentuk semula dan mempelbagaikan ekonomi India melalui visi dan keazamannya. Ia membentuk asas bagi pertumbuhan India yang luar biasa dan kemunculan sebagai pemain utama serantau dan global," tulis Encik Wong dalam surat kepada Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu (28 Dis).
Encik Wong menambah bahawa hubungan Singapura-India berkembang dengan ketara di bawah Encik Singh, dengan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh India-Singapura (CECA) yang penting, ditandatangani ketika beliau berkhidmat.
"Ia merupakan peristiwa penting dalam hubungan antara kedua-dua negara dan menyediakan asas untuk berkongsi ekonomi kukuh yang dinikmati hari ini," tulis Encik Wong.
Beliau juga berkata Encik Singh memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan India bersama ASEAN.
Di bawah kepimpinannya, India menyertai Sidang Puncak Asia Timur pada 2005 dan menyokong usaha ASEAN dalam membina pembangunan serantau secara aktif.
India mengumumkan tempoh berkabung seluruh negara selama tujuh hari. Pada Sabtu, Encik Singh diberikan pengebumian negara dengan penghormatan tentera, serta tabik hormat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.