Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan penyiar Warna 942, Mohamed Ashik meninggal dunia pada usia 74 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Mantan penyiar radio Warna 942, Haji Mohamed Ashik meninggal dunia hari ini (5 Mei).

Khabar duka itu disahkan oleh anaknya Cik Elyani Hanim Mohamed kepada BERITAmediacorp.

"Abah meninggal dunia di rumahnya di kawasan Eunos sekitar 7.00 pagi tadi," kongsi beliau.

DIMASUKKAN KE HOSPITAL PADA JULAI 2021

Pada Julai tahun lalu, BERITAmediacorp melaporkan bahawa mantan penyiar radio yang mesra digelar "Raja Pantun" oleh para pendengar radio, dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya di Johor Bahru.
 

"Abah pulang ke Singapura penghujung bulan Julai dan meneruskan rawatannya di Hospital Besar Singapura (SGH) sehingga Februari lalu," kongsi Cik Elyani lagi.

Menurut Cik Elyani lagi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Aman esok.

Allahyarham menyertai Radio Televisyen Singapura (RTS) pada lewat 1960-an dan berkecimpung dalam dunia penyiaran selama lebih 40 tahun.

Allahyarham Mohamed Ashik yang bersara pada 2009 pada usia 62 tahun meninggalkan empat orang anak dan lapan cucu.

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan