Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan penyampai dan wartawan khidmat Melayu radio & TV S'pura, Azmi Mahmud meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan penyampai dan wartawan khidmat Melayu radio & TV S'pura, Azmi Mahmud meninggal dunia

Allahyarham Azmi Mahmud. (Gambar: Azman Azmi)

BERITAmediacorp: Mantan penyampai, penerbit dan wartawan bahagian perkhidmatan Melayu radio Singapura pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, Nahar Azmi Mahmud, meninggal dunia pada usia 83 tahun pada Rabu (27 Jul).

Anak bongsu beliau, Encik Azman Azmi mengesahkan bahawa bapanya meninggal dunia pada 7.19 malam tadi setelah dimasukkan ke hospital pada pagi Selasa (26 Jul).

Punca kematian beliau adalah pneumonia.

Namun menurut Encik Azman, bapanya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Ketika dihubungi BERITAMediacorp, mantan penyiar radio veteran, Encik Hashim Yusof berkata beliau menziarahi Allahyarham di hospital pada lewat petang Rabu sebelum menerima berita pemergiannya sekitar 7.00 malam.

Antara tugas-tugas Allahyarham adalah sebagai penterjemah berita daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Beliau turut menjadi penerbit rancangan di bahagian radio lain, iaitu Unit Penerbitan Pusat atau Central Production Unit (CPU). Di unit tersebut, beliau menerbitkan rancangan-rancangan yang kebanyakannya berkaitan berita dan ehwal semasa dan mengadakan temu ramah bersama para menteri, anggota parlimen dan tokoh masyarakat.

Dengan kemunculan televisyen, Allahyarham kemudian ditugaskan untuk menyampaikan berita di TV pada 1963.

Allahyarham Azmi juga pernah bertugas bersama akhbar Berita Harian selepas kerjayanya dengan khidmat Melayu radio dan televisyen Singapura.

Menurut Encik Azman, solat jenazah akan diadakan di Masjid Mydin pada 10.30 pagi pada Khamis (28 Jul) dan Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Pusara Aman sebelum 12.00 tengahari.

Allahyarham meninggalkan balu, mantan penyiar Hayatee Yusof dan tiga orang anak.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan