Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan pengurus pasukan negara Omar Ibrahim meninggal dunia pada usia 81 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan pengurus pasukan negara Omar Ibrahim meninggal dunia pada usia 81 tahun

Gambar: FAS/Facebook

Diterbitkan : 30 Oct 2024 11:18AM Dikemas Kini : 30 Oct 2024 11:21AM
SINGAPURA: Mantan pengurus pasukan negara Omar Ibrahim meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Khabar duka itu disampaikan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu catatan Facebook pada Rabu (30 Okt).
Allahyarham Omar Ibrahim mengurus pasukan Singapura ketika zaman kegemilangan pasukan tersebut, di mana ia berjaya menjulang trofi bagi kedua-dua Liga Perdana Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 1994.

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan, yang menjuarai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN pada 1998, yang merupakan kemenangan sulung pasukan negara di pentas antarabangsa.

Mengenang sumbangan besar Allahyarham Omar Ibrahim, FAS menyatakan bahawa dedikasinya kepada arena bola sepak tempatan "akan dikenang selama-lamanya oleh para peminat, pemain dan mereka yang tersayang".

Dalam catatan tersebut, FAS turut menyampaikan ucapan takziah yang mendalam terhadap rakan serta keluarganya dalam masa sukar ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan