Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan Pengerusi Eksekutif Masjid dan pengarah syarikat didakwa atas kesalahan rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua individu, Abdul Rahim Mawasi dan Mohd Mustaqim Kam @ Kam Hock Beng didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah pada Jumaat (23 Sep).

Rahim, 55 tahun, adalah mantan Pengerusi Eksekutif Masjid bagi Lembaga Pengurusan Masjid bagi Masjid Darul Aman dan Masjid Sallim Mattar manakala Mustaqim, 64 tahun pula merupakan Pengarah bagi syarikat kejuruteraan Zeal-Con Engineering Pte Ltd pada waktu kejadian.

Pada 2019, Rahim didakwa menerima saham syarikat Amal Travel & Tour Pte Ltd daripada Mustaqim.

Penerimaan rasuah itu adalah sebagai ganjaran setelah Rahim memberi nasihat kepada Mustaqim mengenai harga khidmat Zeal-Con untuk kerja-kerja yang akan dijalankan di Masjid Darul Aman dan Masjid Sallim Mattar.

Rahim dan Mustaqim masing-masing akan menghadapi pertuduhan atas kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(a) dan 6(b) Akta Pencegahan Rasuah.

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan rasuah di bawah seksyen itu boleh didenda sehingga S$100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber : BERITA Mediacorp/HK/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa