Skip to main content

Singapura

Mantan NCMP WP Yee Jenn Jong dikenakan arahan POFMA atas dakwaan palsu berhubung siasatan AHTC

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan NCMP WP Yee Jenn Jong dikenakan arahan POFMA atas dakwaan palsu berhubung siasatan AHTC

(Gambar: CNA/Pichayada Promchertchoo)

SINGAPURA: Mantan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Pekerja (WP), Yee Jenn Jong, dikenakan arahan pembetulan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) pada Isnin (26 Ogos).

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan bahawa Encik Lee memuat naik catatan di akaun Facebooknya bulan lalu, yang mendakwa bahawa tindakan yang diambil pemerintah ke atas Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) "bermotifkan politik", serta dakwaan lain.

"Menteri Pembangunan Negara sudah mengarahkan Pejabat POFMA untuk mengeluarkan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) 2019 kepada Encik Lee, berhubung catatan Facebook pada 25 dan 27 Julai, 2024," kata MND.

Pada Mei 2011, MP memenangi GRC Aljunied pada Pilihan Raya Umum tahun tersebut, dan mengekalkan satu-satunya kerusi di Hougang. Ia merupakan kali pertama parti pembangkang yang menang di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC).
Dalam catatannya pada 25 dan 27 Julai, Encik Yee berkata ia adalah salah untuk MND menggunakan khidmat juruaudit luar, kerana isu penyerahan dan notis yang tidak cukup merupakan faktor yang menyebabkan kegagalan AHTC dalam melaporkan diri kepada MND dan penemuan audit pemerintah.

"Catatan Encik Yee mengelirukan kerana ia tidak mempunyai konteks penting bahawa juruaudit AHTC sendiri yang mengemukakan kesilapan serius oleh AHTC, yang menyebabkan audit seterusnya. Oleh itu, MND mempunyai asas yang sah dan cukup untuk menggunakan khidmat juruaudit luar," kata kementerian itu.

MND menyatakan penemuan KPMG mendedahkan bahawa kesilapan AHTC disebabkan oleh rangka kerja tadbir urus majlis bandaran itu dan amalan perakaunannya, dan kegagalan tersebut berleluasa dan berterusan bagi tempoh yang lama.

Encik Yee berkata bahawa keputusan MND untuk menahan geran daripada AHTC, menggunakan khidmat juruaudit luar dan memanggil panel bebas (IP) "bermotifkan politik dan bukan berdasarkan kebimbangan yang sah", tambah kementerian itu.

Beliau menambah bahawa MND menahan geran daripada AHTC untuk memberi tekanan kepada AHTC untuk melantik panel bebas.

"Ini tidak benar," tegas MND.

MND menambah bahawa pembentukan panel bebas bukan syarat untuk memberikan geran yang ditahan kementerian itu, dan geran tersebut diagihkan selepas AHTC melantik KPMG sebagai akauntan bebasnya.

"Malah, semua geran yang ditahan diagihkan pada April 2016, sebelum IP ditubuhkan pada Februari 2017," jelas MND.

Encik Yee juga berkata bahawa anggota panel bebas tersebut tidak diputuskan MND, dan tidak bebas.

MND menyangkal dakwaan itu, dan menyatakan bahawa ia tidak membuat keputusan mengenai sebarang anggotanya.

Menurut MND, AHTC yang melantik pengerusi IP pada 2017 dan membenarkannya untuk membuat keputusan terhadap identiti dua lagi anggota IP yang dianggap sesuai, atau memilih satu anggota daripada senarai nama disediakan AHTC dan satu lagi daripada HDB.

"Pengerusi IP itu hanya membuat keputusannya selepas mengesahkan dengan AHTC bahawa ia tidak membantah untuk dirinya membuat pilihan daripada senarai nama HDB. Ia tidak jelas sama ada AHTC menyediakan sebarang senarai nama kepada pengerusi IP itu, tambah MND.

MND menyatakan panel bebas tersebut tidak mengambil sebarang arahan daripada HDB, MND atau mana-mana individu.

Encik Yee perlu meletakkan notis pembetulan pada catatan Facebooknya, yang menyatakan bahawa catatan itu mengandungi kenyataan palsu, serta pautan kepada penjelasan pemerintah mengenai dakwaannya itu.

Encik Yee berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dari 2011 hingga 2015 dan masih anggota WP, meskipun beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam parti itu sejak 2016.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita