Skip to main content

Singapura

Mantan Mufti Negara Syed Isa Semait meninggal dunia pada usia 87 tahun

Mantan Mufti Negara Syed Isa Semait meninggal dunia pada usia 87 tahun pada Isnin (7 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Mufti Negara Syed Isa Semait meninggal dunia pada usia 87 tahun

(Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 07 Jul 2025 12:49PM Dikemas Kini : 07 Jul 2025 07:47PM

SINGAPURA: Mantan Mufti Negara Syed Isa Semait meninggal dunia pada usia 87 tahun pada Isnin (7 Jul).

Berita pemergian almarhum disahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Pejabat Mufti dalam catatan di media sosial pada Isnin (7 Jul).

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara dan umat Islam Singapura, dengan sumbangan dan dedikasi almarhum terhadap ajaran agama Islam dan kepimpinannya meninggalkan kesan yang sangat besar dan mendalam kepada Singapura.

"Semoga Allah s.w.t kurniakan almarhum Jannah. Al-Fatihah," menurut MUIS dalam catatannya di Facebook.

Almarhum Syed Isa Semait adalah mufti yang paling lama berkhidmat iaitu dari 1972 hingga 2010.

Komitmen dan usaha beliau yang tidak kenal penat lelah untuk memupuk masyarakat Islam yang yakin dan progresif telah meninggalkan kesan yang berkekalan
kepada Singapura dan negara-negara lain.

Semasa berkhidmat sebagai Mufti selama 38 tahun, Syed Isa Semait terlibat dalam penubuhan banyak institusi utama yang membantu kehidupan keagamaan masyarakat Muslim tempatan.

Selain itu beliau mengetuai jawatankuasa Fatwa yang menangani isu-isu mencabar seperti Pemindahan Organ Manusia.

Beliau juga mengawasi pengurusan dan perkembangan hartanah wakaf serta penubuhan sistem Pensijilan Halal Singapura yang diakui di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, Almarhum menyokong penubuhan Pusat Harmoni bagi menggalakkan lagi hubungan silang agama serta penubuhan Yayasan Rahmatan Lil Alamin, dan pernah berkhidmat sebagai ahli majlis dan kemudian Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO) pada 1993.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita