Skip to main content

Singapura

Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran selesai jalani hukuman penjara

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran selesai jalani hukuman penjara

Gambar fail bekas Menteri Pengangkutan S Iswaran. (Gambar fail: CNA/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran selesai menjalani tempoh hukuman penjaranya, menurut Jabatan Penjara Singapura (SPS) kepada Mediacorp.

SPS menyatakan pada Jumaat (6 Jun) bahawa Encik Iswaran sudah selesai menjalani hukuman di bawah Skim Tahanan di Rumah dan tidak lagi berada di bawah pengawasan SPS.

SPS tidak menyatakan bila Encik Iswaran selesai menjalani tempoh hukumannya.

Encik Iswaran ditempatkan di bawah Skim Tahanan di Rumah pada 7 Februari lalu untuk menjalani baki hukumannya di kediamannya di bawah syarat-syarat tertentu.

Dia mengaku bersalah pada 24 Sep tahun lalu atas empat tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang melarang semua pekerja awam mendapatkan apa-apa benda berharga daripada seseorang yang terlibat dengan mereka atas kapasiti rasmi.

Encik Iswaran mengaku bersalah ke atas tuduhan menerima barang-barang berharga daripada pemegang saham terbesar Singapore GP Ong Beng Seng dan pemilik syarikat pembinaan Lum Kok Seng semasa beliau memegang portfolio yang mempunyai urusan rasmi dengan kedua-dua lelaki itu.

Encik Iswaran juga mengaku bersalah atas satu tuduhan menghalang keadilan dengan membayar balik kos penerbangan ke Doha yang dibiayai untuknya.

Lagi 30 tuduhan di bawah Seksyen 165 diambil kira semasa menentukan hukuman.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 bulan, dan mula menjalani hukumannya pada 7 Okt 2024.

Kes Ong masih belum selesai dibicarakan di mahkamah.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita