Skip to main content

Singapura

Mantan menteri Lim Boon Heng diberi anugerah atas sumbangan kepada PAP

Mantan Menteri Lim Boon Heng menerima anugerah Pingat Bakti Cemerlang atas sumbangannya kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak empat dekad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Nov 2018 09:27PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 09:32PM

SINGAPURA: Mantan Menteri Lim Boon Heng menerima anugerah Pingat Bakti Cemerlang atas sumbangannya kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak empat dekad lalu.

Anugerah itu disampaikan semasa persidangan PAP yang diadakan pada pagi tadi (11 Nov).

Encik Lim sudah bertanding dalam tujuh pilihan raya umum sejak 1980.

Beliau pernah menjadi Anggota Parlimen Kebun Baru, Ulu Pandan dan kemudian GRC Jurong sebelum bersara daripada bidang politik pada 2011.

Encik Lim pernah juga menjadi Timbalan Speaker Parlimen dan sekarang ini, beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Temasek Holdings. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita