Mantan ketua WP Low Thia Khiang beri keterangan sebagai saksi pendakwa
Mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan Pritam Singh.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan Pritam Singh.
Encik Low, yang mengundurkan diri sebagai setiausaha agung parti pada 2018, merupakan salah satu daripada lima saksi pendakwa yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu, demikian menurut senarai yang diserahkan oleh pihak pendakwa raya pada Isnin (14 Okt), hari pertama perbicaraan yang dijadual berlangsung selama 16 hari.
Mantan Anggota Parlimen dan anggota WP Raeesah Khan dan dua bekas anggota WP juga akan memberi keterangan bagi pihak pendakwa.
Ketua Pembangkang Pritam Singh, 48 tahun berdepan dua tuduhan memberi jawapan palsu kepada Jawatankuasa Hak-Hak Kekebalan dan Kuasa Parlimen Istimewa Parlimen yang bersidang untuk meneliti kontroversi pembohongan Raeesah Khan mengenai kes rogol yang didakwanya disalah urus oleh polis.
Encik Singh dikenakan 2 pertuduhan di bawah Akta Hak-hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa Parlimen kerana memberi jawapan palsu kepada soalan jawatankuasa Parlimen itu pada 10 dan 15 Disember 2021.
Pihak pendakwa menyatakan ia akan membawa keterangan dari Encik Low mengenai nasihat yang telah beliau berikan kepada Encik Singh dan Cik Lim, dan perbualan mereka semasa pertemuan itu.
SAKSI-SAKSI PENDAKWA YANG LAIN
Saksi pertama yang akan memberi keterangan ialah Cik Khan sendiri, yang dijangka berada dalam kandang saksi selama tiga hingga empat hari.
Beliau kemudian akan disoal balas oleh peguam Encik Singh, Andre Jumabhoy.
Selepas Cik Khan, giliran dua bekas anggota WP, Cik Loh Pei Ying dan Encik Yudhishthra Nathan untuk memberi keterangan secara berasingan selama dua hari.
Cik Loh adalah bekas pembantu setiausaha Cik Khan dan pembantu setiausaha Encik Singh pada Mac 2013 hingga Januari 2016.
Encik Nathan pula adalah seorang sukarelawan WP.
Kedua-duanya telah mengundurkan diri dari parti tersebut.
Cik Loh dan Encik Nathan berhubung rapat dengan Cik Khan selepas beliau berbohong di Parlimen dan telah memberi keterangan semasa persidangan Jawatankuasa Hak-Hak Istimewa Parlimen.
Saksi pendakwa terakhir yang dijangka memberi keterangan adalah ketua Jabatan Siasatan Khas di Pasukan Polis Singapura, Roy Lim.
Beliau merupakan ketua penyiasat yang mengambil keterangan daripada saksi termasuk Encik Singh.
Selepas pihak pendakwa menutup kes, giliran pihak pembelaan pula untuk mengetengahkan kesnya.
Encik Singh mungkin dipanggil untuk memberi keterangan.
Peguamnya enggan mendedahkan jika Encik Singh akan memberi keterangan atau sama ada mereka akan memanggil saksi-saksi lain.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.