Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan ketua Parti Pekerja Low Thia Khiang dalam unit jagaan rapi setelah terjatuh di rumah

 Mantan setiausaha agung Parti Pekerja (WP) dan Anggota Parlimen (AP) Aljunied, Low Thia Khiang kini dalam unit jagaan rapi setelah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 May 2020 03:40PM Dikemas Kini : 03 May 2020 08:42PM

SINGAPURA: Mantan setiausaha agung Parti Pekerja (WP) dan Anggota Parlimen (AP) Aljunied, Low Thia Khiang kini dalam unit jagaan rapi setelah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh di rumah.

Encik Low, 63 tahun, cedera setelah terjatuh di rumahnya pada 30 Apr, menurut WP pada Ahad (3 Mei).

"Encik Low dalam keadaan sedar. Keluarga Encik Low memohon mereka diberikan privasi supaya beliau dapat fokus untuk sembuh," menurut Parti Pekerja dalam satu kenyataan di laman webnya.

Menurut parti itu lagi, AP GRC Aljunied lain akan mengambil alih tugas Encik Low di kawasan undinya, dengan dibantu oleh mantan AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Gerald Giam.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan