Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan Ketua Eksekutif SkillsFuture Ong Tze-Ch’in bakal ambil alih jawatan Ketua Eksekutif PUB

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Ketua Eksekutif SkillsFuture Ong Tze-Ch’in bakal ambil alih jawatan Ketua Eksekutif PUB

Ong Tze-Ch’in (kiri), Timbalan Setiausaha (Daya Bingkas) di Kementerian Kemampanan dan Alam Sekitar akan mengambil alih sebagai Ketua Eksekutif PUB daripada Goh Si Hou. (Gambar: MSE)

SINGAPURA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif baharu akan bertanggungjawab atas agensi air kebangsaan PUB. Ini diumumkan kurang setahun empat bulan selepas pelantikan pegawai yang sedang menggalas peranan itu sekarang.

Encik Ong Tze-Ch’in akan menggantikan Encik Goh Si Hou pada 1 November.

Demikian diumumkan Kementerian Kemampanan dan Alam Sekitar (MSE) pada Selasa (19 Sep).

Encik Ong, 48 tahun, akan terus menyandang jawatannya sekarang sebagai Timbalan Setiausaha (Daya Bingkas) di MSE selepas 1 November.

Encik Goh, 45 tahun, dilantik sebagai ketua eksekutif PUB pada 22 Julai tahun lalu, iaitu merupakan jawatan pertamanya setelah beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Tentera pada Mac. Beliau akan memainkan peranan kepimpinan kanan lain dalam perkhidmatan awam. Peranan tersebut bagaimanapun tidak diperincikan.

KETUA EKSEKUTIF BAHARU

Dalam peranannya sebagai Timbalan Setiausaha (Daya Bingkas) di MSE, Encik Ong menyelia dasar air dan makanan, hubungan antarabangsa, perhubungan dan pendampingan serta pelan kecemasan.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif SkillsFuture Singapore, selain Timbalan Setiausaha (SkillsFuture) di Kementerian Pendidikan (MOE) secara serentak.

Beliau juga sebelum ini menyandang jawatan ketenteraan, berkhidmat sebagai pengarah perisikan ketenteraan/ketua C4I dan komander Divisyen Singapura ketiga di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

KETUA EKSEKUTIF YANG AKAN LEPASKAN JAWATAN

Di bawah kepimpinan Encik Goh, PUB membentangkan strategi jangka panjang bagi memperkukuhkan jaminan air dan daya tahan iklim Singapura, menurut MSE.

Beliau memimpin agensi tersebut dalam Pelan Induk Air, dengan melakarkan rancangan prasarana jangka panjang bagi memastikan jaminan air negara.

Ini termasuk "peluasan yang ketara" dalam pemulihgunaan air Singapura dan kapasiti NEWater sebagai sumber air yang mampan.

Kementerian tersebut menzahirkan "penghargaan yang mendalam kepada Encik Goh atas kepimpinan dan sumbangan pentingnya kepada PUB dan keluarga MSE".

"Beliau menggabungkan perlindungan pantai dengan fungsi pengurusan air hujan PUB bagi memacu perancangan, pemodelan dan penghuraian bersepadu bagi risiko banjir kita," menurut MSE.

"Bersama-sama, ia membantu untuk memperkukuhkan daya tahan Singapura terhadap tahap air laut yang kian meningkat dan curahan hujan ekstrim di tengah-tengah perubahan iklim."

Sebagai ketua PUB, Encik Goh turut menerajui usaha kemampanan agensi tersebut bagi mengurangkan penggunaan tenaga, sisa rawatan dan pengeluaran karbon untuk jangka panjang.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan