Mantan CEO NTUC, Tan Kin Lian, mungkin bertanding dalam Pilihan Raya Presiden SG
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan CEO NTUC, Tan Kin Lian, pernah bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2011. (Gambar: Tan Kin Lian/Facebook)
SINGAPURA: Singapura mungkin akan ada bakal calon presiden yang keempat, iaitu seorang usahawan dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC Income, Encik Tan Kin Lian.
Encik Tan, yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2011, berkata beliau sudah menyerahkan permohonan bagi Sijil Kelayakan pada 11 Julai lalu.
Menerusi kenyataan medianya, Encik Tan juga berkata bahawa beliau percaya hanya dirinya dan mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam yang memenuhi syarat-syarat untuk bertanding.
Encik Tan kurang pasti sama ada George Goh dan Ng Kok Song memenuhi syarat serupa.
Encik Tan akan menunggu kata putus Jawatankuasa Pilihan Raya mengenai siapa yang akan dibenarkan bertanding, sebelum beliau sendiri memutuskan untuk menyerahkan borang pencalonannya atau tidak.
Semasa Pilihan Raya Presiden 2011, Encik Tan menjadi calon yang mendapat undian paling rendah. Beliau juga satu-satunya calon yang tidak mendapatkan depositnya kembali kerana tidak mendapat undi yang mencukupi.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.