Mantan CEO Bank of Singapore bakal terajui Jawatankuasa Sementara Wakaf Masyarakat Singapura; akan dilancar secara rasmi Ogos ini
Anggaran Waktu Membaca:

CEO Bank of Singapore Bahren Shaari. (Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akan dilancarkan secara rasmi pada Ogos ini.
Ia akan dilancarkan sempena Bulan Wakaf pada Ogos 2024 - inisiatif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk mempertingkatkan lagi pemahaman masyarakat tentang usaha tersebut.
Perkembangan itu didedahkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat (19 Apr).
Encik Masagos juga mengumumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Sementara akan ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan WMS dan ia bakal diterajui oleh Encik Bahren Shaari.
"Encik Bahren Shaari telah bersetuju untuk menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Sementara yang akan selanjutnya dijadikan Lembaga WMS. Terima kasih Encik Bahren," kata Encik Masagos.
Encik Bahren sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore selama 7 tahun sehingga Disember 2022.
Beliau juga merupakan antara anggota Majlis Penasihat Presiden dan berkhidmat sebagai Anggota Lembaga Pengarah Universiti Nasional Singapura (NUS) dan SPH Media.
BAHREN SHAARI TERUJA GALAS TANGGUNGJAWAB BAHARU
Dalam rakaman video yang dikirimkan kepada pihak media, Encik Bahren berkata beliau amat berbesar hati atas pelantikan itu dan teruja untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.
"Saya ingin melihat WMS berjaya ditubuhkan sebagai sebuah wakaf baharu yang dipercayai masyarakat yang turut menyumbang dan mempunyai kepentingan terhadapnya. Saya alu-alukan peluang untuk mempengerusikan inisiatif yang bermakna ini dan berharap masyarakat dapat tampil untuk menggembleng sumber-sumber yang ada untuk membina sebuah modal wakaf yang dapat menjana pulangan yang baik demi memanfaatkan masyarakat di masa hadapan. Saya berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sebuah legasi yang mampu memenuhi keperluan masa depan masyarakat Islam Singapura," kata Encik Bahren.
Menurutnya lagi, beliau akan melanjutkan usaha Panel Penasihat WMS yang ditubuhkan 4 tahun lalu.
"Asas yang kukuh sudahpun terbina untuk saya menjalankan tugas ini dan saya juga tidak lakukannya seorang diri. Jawatankuasa Sementara WMS atau WPC akan melanjutkan usaha Jawatankuasa Penasihat WMS yang ditubuhkan pada 2020. Saya akan bekerja rapat dengan anggota-anggota WPC yang lain untuk meneliti saranan-saranan yang dibentangkan jawatankuasa penasihat itu termasuk peruntukan tadbir urus yang baik untuk memastikan sumber-sumber masyarakat dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya," jelas Encik Bahren.

Encik Masagos turut melahirkan penghargaannya kepada para anggota panel tersebut atas sumbangan mereka.
"Banyak persiapan yang telah dilakukan setakat ini untuk melaksanakan WMS. Pada 2020, Panel Penasihat WMS yang diketuai oleh Encik Abu Bakar Mohd Nor telah bertemu pihak-pihak berkepentingan secara meluas untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelaksanaan WMS. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Abu Bakar dan para anggota panel atas dedikasi dan sumbangan anda yang tidak ternilai dalam membina tiang-tiang asas WMS," kata Encik Masagos.

OGOS 2024 - BULAN WAKAF MUIS
Bagi menyokong usaha Jawatankuasa Sementara WMS, Encik Masagos juga mengumumkan sebuah kumpulan kerja baharu.
Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam akan dipimpin oleh Encik Zhulkarnain Rahim.
Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang itu juga berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Utama firma guaman Dentons Rodyk.
"Kami ingin menggalak masyarakat kita untuk mengamalkan perancangan harta pusaka. Sementara mewakafkan sebahagian harta adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang keagamaan kita, kita juga boleh meninggalkan wasiat yang turut merupakan antara amalan penting yang perlu kita tunaikan sebagai orang Islam," kata Encik Masagos.
"Seperti mana generasi yang lalu telah memberi sumbangan bagi generasi yang seterusnya, kini peluang kita pula untuk melakukan yang sama. Marilah kita menyumbang kepada WMS apabila ia dilancarkan pada bulan Ogos nanti sebagai sumbangan kita di dunia dan saham di akhirat kelak,"
WMS pertama kali diumumkan kepada masyarakat empat tahun lalu dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2020 dan ia merupakan persiapan demi memenuhi keperluan sosioagama masyarakat Islam setempat pada masa hadapan.
"Kita perlu melakukan pelaburan awal supaya kita dapat mengembangkan aset yang ada. Dalam hal ini, kita mempunyai asas yang kukuh. Masyarakat kita mempunyai sekurang-kurangnya S$2 bilion dalam bentuk aset cair. Ini dianggar berdasarkan pungutan zakat yang berjumlah sekitar S$60 juta setiap tahun.
"Jumlah nilai aset masyarakat secara keseluruhan sudah semakin tinggi. Saya telah mengusulkan penubuhan WMS untuk memanfaatkan kekayaan yang terkumpul dalam masyarakat kita. Ini akan membolehkan setiap orang menjadi ahli wakif dengan memberikan sumbangan kepada wakaf tersebut. Pulangannya pula akan menyokong pelbagai keperluan masyarakat secara meluas dan fleksibel, termasuk pembangunan asatizah kita," tambah Encik Masagos.
Pada bulan lalu, Encik Masagos mendedahkan dalam ucapannya di Parlimen bahawa MUIS telah menerima ikrar lebih S$3.6 juta kepada WMS daripada orang perseorangan selain pelaburan masjid-masjid.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.