Mantan calon Pilihan Raya Presiden Tan Cheng Bock sokong Tan Kin Lian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan calon presiden dan pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock menyuarakan sokongannya kepada calon presiden Tan Kin Lian kerana mereka berkongsi "visi yang sama" perlunya calon bebas.
Ketika ditanya pihak media pada Ahad (27 Ogos) mengenai sama ada PSP menyokong Encik Tan, Dr Tan berkata beberapa kali bahawa sokongannya adalah "pilihan peribadi" dan beliau "bukan hadir sebagai ahli politik dalam pilihan raya ini".
Dr Tan yang bercakap kepada media selepas bersarapan di Pusat Penjaja People's Park di Chinatown bersama Encik Tan dan Encik Tan Jee Say, menyifatkan ketiga-tiga mereka sebagai "rakan seperjuangan", meskipun pernah menjadi pesaing dalam Pilihan Raya Presiden 2011.
Dr Tan berkata pilihan raya presiden adalah untuk menyaksikan siapa yang dapat melaksanakan tugas Presiden dengan baik, terutama sekali melindungi rizab dan melantik individu yang paling layak untuk menyandang jawatan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam.
CALON BEBAS SEMAKIN SEDIKIT "TREND KURANG SIHAT"
Encik Tan berkata salah satu sebab beliau menyokong Encik Tan Kin Lian adalah disebabkan perlunya seorang calon bebas. Beliau menambah seorang Presiden yang "berpihak kepada pemerintah" mungkin akan rasa "tidak selesa", jika mereka memilih untuk mengambil tindakan yang bertentangan dengan pemerintah.
Ketika ditanya apa yang difikirkannya tentang kecaman terhadap Encik Tan Kin Lian berkaitan komen "wanita cantik" dan isu-isu lain, Dr Tan menyifatkannya sebagai "politik kotor".
Beliau menarik perhatian kepada keputusan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) yang sudah memberi kelulusan melalui sijil kelayakan dan berpendapat bahawa Encik Tan Kin Lian adalah individu yang baik.
Encik Tan Jee Say, yang merupakan anggota Parti Demokratik Singapura (SDP) juga memberikan sokongan kepada Encik Tan Kin Lian pagi tadi.
"PASUKAN PERPADUAN"
Encik Tan Kin Lian berkata beliau "sungguh gembira" dan menyifatkan kedua-dua individu tersebut sebagai "pasukan perpaduan" ketika ditanya tentang sokongan yang diberi kepadanya.
Encik Tan menambah bahawa beliau akan bergantung kepada "nasihat berharga mereka untuk berinteraksi dengan orang ramai".
Beliau menarik perhatian terhadap 64.8 peratus undi yang diraih bersama dalam Pilihan Raya Presiden 2011. Encik Tan berkata ketiga-tiga individu itu akan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan pemerintah supaya mereka dapat mencapai matlamat menjadikan kehidupan lebih baik bagi orang ramai.
Walau bagaimanapun, ketika beliau ditanya sama ada kedua-dua individu tersebut akan dipilih olehnya untuk menyertai Majlis Penasihat Presiden, Encik Tan berkata beliau belum bertanya kepada mereka, namun mengaku mereka adalah 'calon terbaik".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.