Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan calon PAP Hougang Eric Low meninggal dunia; PM Lee sifatkan mendiang 'penyokong setia yang boleh dipercayai'

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan calon PAP Hougang Eric Low meninggal dunia; PM Lee sifatkan mendiang 'penyokong setia yang boleh dipercayai'

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 04 Jan 2023 11:52PM Dikemas Kini : 04 Jan 2023 11:53PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan mantan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum bagi kerusi Hougang, Eric Low, sebagai "penyokong setia, benar-benar boleh dipercayai" parti tersebut.

PM Lee berkata demikian semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang susulan kematiannya pada Selasa (3 Jan).

Dalam surat ucap takziahnya yang dikirimkan kepada balu mendiang Low, PM Lee menyifatkan beliau sebagai seseorang yang bertanding "dengan penuh bersemangat". Encik Low pernah menjadi calon Pilihan Raya Umum sebanyak dua kali di kawasan umbi pembangkang di Hougang.

"Beliau tahu betapa sukarnya tugasan itu tetapi tetap bertekad untuk memberi persaingan yang paling sengit seboleh mungkin."

Encik Low, 75 tahun, meninggal dunia atas sebab semula jadi, kongsi keluarga mendiang kepada Mediacorp pada Rabu (4 Jan).

PM Lee juga memberi beberapa sumbangan Encik Low di kawasan undi Hougang dan pencapaiannya, termasuk Pingat Perkhidmatan Cemerlang PAP dan Pingat Perkhidmatan Awam.

PM Lee serta isterinya Cik Ho Ching tiba untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Low pada 6.00 petang. Mereka meluangkan masa selama setengah jam untuk berbual dengan ahli keluarga mendiang.

Menurut anak lelaki mendiang Low, Encik Eugene Low, antara pemimpin politik yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada bapanya termasuk menteri Kabinet Teo Chee Hean, Vivian Balakrishnan dan Grace Fu, serta mantan menteri Kabinet George Yeo, Lim Hng Kiang dan Lim Swee Say, serta beberapa mantan Anggota Parlimen (AP) yang lain.

Mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Kiang turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada awal Rabu, kata Encik Eugene Low.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan