Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan AP Tampines dan veteran PAP Phua Bah Lee meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan AP Tampines dan veteran PAP Phua Bah Lee meninggal dunia

Encik Phua Bah Lee dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil gambar semasa Konvensyen PAP65 pada 2019. (Gambar: People's Action Party/Facebook)

SINGAPURA: Mantan Anggota Parlimen Tampines, Phua Bah Lee, meninggal dunia semalam (26 Dis) pada usia 89 tahun.

Beliau adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kebajikan para anggota Perkhidmatan Negara (NS).

Encik Phua pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perhubungan dan Penerangan sebelum bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pertahanan.

Mendiang juga penyokong kuat bagi bidang sukan, seni dan budaya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata walaupun selepas bersara daripada politik dalam tahun 1988, Encik Phua masih bergiat aktif.

Menurut PM Lee lagi, Encik Phua sudah memainkan peranannya untuk menjadikan Singapura negara yang lebih baik, memberi sokongan kepada para pemimpin lebih muda dan menyokong matlamat-matlamat negara.

Presiden pertubuhan amal Ngee Ann Kongsi, James Teo pula berkata Encik Phua adalah anggotanya yang amat berharga.

Mendiang berkhidmat sebagai anggota jawatankuasa pengurusannya dari tahun 1973 sehingga beliau meninggal dunia.

Encik Phua juga, katanya, antara anggota perintis yang banyak menyumbang kepada pembangunan Ngee Ann City.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan