Skip to main content

Singapura

Mantan AP, peguam Alvin Yeo meninggal dunia pada usia 60 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan Anggota Parlimen Alvin Yeo meninggal dunia selepas bertarung nyawa melawan penyakit barah. Mendiang berusia 60 tahun.

Mendiang dilantik pada 2006 sebagai AP GRC Hong Kah. Beliau dilantik semula pada 2011 sebagai sebahagian GRC Chua Chu Kang sebelum bersara daripada politik pada 2015.

WongPartnership, yang diasaskan bersama dengan Encik Wong, di mana beliau merupakan rakan kongsi kanan, menyatakan mendiang seorang pemimpin dan pembimbing yang sangat memberi inspirasi.

"Seorang tokoh dalam bidangnya, Encik Alvin Teo dilantik sebagai Peguam Kanan Mahkamah Agung Singapura pada 2000 pada usia 37 tahun. Usia yang paling muda dilantik untuk menggalas jawatan tersebut, menurut firma guaman itu dalam satu kenyataan pada Sabtu (30 Jul)

Rakan-rakan parlimen Encik Yeo juga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Encik Yee Chia Hsing, yang menyertai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Chua Chu Kang selepas Encik Yeo bersara daripada politik mengatakan bahawa penduduk kawasan itu sangat mengingati jasa mendiang.

"Saya menerima berita pemergian mantan AP Nanyang, Encik Alvin Yeo pagi ini dengan dukacita. Beliau meninggal dunia pagi ini selepas bertarung nyawa dengan barah selama dua tahun," tulis Encik Yee dalam hantaran Faceboook beliau.

AP Marsiling-Yew Tee, Alex Yam menyatakan pencapaian Encik Yeo sebagai seorang peguam. Beliau turut menggelarnya "gergasi dalam golongan peguam".

AP GRC Chua Chu Kang, Low Yen Ling mengatakan bahawa Encik Yeo "ibarat abang" kepadanya apabila beliau baru menyertai kawasan pilihan raya itu pada tahun 2011.

Mendiang meninggalkan balu, Cik Hee Lien dan dua orang anak.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita